Skip to main content

Hijrah Diri

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Selawat dan salam buat junjungan, Rasulullah S.A.W, keluarganya dan sahabatnya.

Assalamualaikum, pembuka bicara kali ini.

Benar kata orang. Bila kita cuba berhijrah ke sesuatu yang baik, pasti ada halangan yang harus ditempuhi. Perjalanan hidup semakin berliku-liku. Cabaran pula datang bagaikan tiada henti. Kenapa mesti ada perasangka buruk terhadap seseorang yang kuat berusaha ke arah menggapai redha-Nya? Bukankah redha Allah lebih bermakna dan manis dari redha manusia? Sukarkah untuk kita menyokong niat murni seseorang itu? Hmm. Entahlah. Saya tertanya-tanya mengapa perkara ini sering berlaku terutama sekali dalam masyarakat kita. Bila kita berpakaian menutup aurat sempurna dikatakan seperti ustazah, berlagak alim dan sebagainya. Ada juga yang tidak yakin dengan perubahan tersebut. Mulalah mengeluarkan kata-kata sumbang seperti:

“Aku nak tengok bape lama dia boleh tahan berlagak alim tu.”
“Ala... over je dia tu. Perangai tah apa-apa. Konon-konon alim je pakai tudung labuh.”

Hmm. Stigma masyarakat terhadap muslimah bertudung labuh mahu pun berjubah dan sebagainya. Bukan setakat kaum muslimah yang menghadapi kritikan seperti ini bahkan kaum muslimin juga menghadapinya. Mungkin tidak sesukar seperti muslimah.

Biarlah kita bertudung pendek, bulat, berjubah dan sebagainya asalkan kita menutup aurat. Bukan bermakna bertudung labuh mahu pun berniqab itu melambangkan kekuatan iman seseorang. Salah sungguh tanggapan itu! Hanya kekuatan ‘taqwa’ membezakan diri setiap insan dari insan yang lain di muka bumi ini. Jadi, betulkan pemikiran kita mengenai hal ini dan bukalah minda. Allah S.W.T telah memberi hak kepada setiap hamba-Nya untuk menutup aurat dengan sempurna. Adalah lebih baik kita memberi galakan dan sokongan dalam mereka meneruskan niat suci mereka itu.

Ramai yang memberi komen dan sokongan kepada saya untuk meneruskan niat saya bertudung labuh. Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada sahabat-sahabat dan juga sesiapa sahaja yang sudi mendoakan dan menyokong hasrat saya walaupun kita tidak mengenali antara satu sama lain.

Teringat saya dengan nasihat saudara Pelayar Ilmu. Saudara Pelayar Ilmu telah berkata kepada saya,

"Sewaktu hati terasa tinggi imannya lantas lakukanlah amaln kebaikan tanpa bertangguh takut suatu hari nanti tika iman itu direndahkan tidak sempat berbuat kebaikan lantas kembali pada jahiliyah."
Benar pesanan yang dititipkan kepada saya. Saya sendiri sudah mengalaminya dalam suatu ketika dahulu. Bila masa iman saya mula berkurangan, saya mula lupa dan jauh dari amalan yang sering saya amalkan semasa kondusi iman saya tinggi. Aduh. Sekarang pun masih berkurangan dan kadangkala iman ini ‘on off’.
Saudara Tinta Mujahid juga tidak jemu memberi sokongan kepada saya. Saudara Tinta Mujahid mengatakan kepada saya janganlah melambatkan niat yang baik kerana kita tidak tahu bila ajal kita akan sampai. Dalam bertudung labuh, iringilah dengan memantapkan iman, membaiki sahsia dan akhlak. Hmm. Beberapa rakan sekerja saya juga memberikan pendapat yang sama. Seorang pelajar saya juga berkata sedemikian kepada saya tika saya meminta pendapatnya.
Insha Allah. Saya sedang berusaha ke arah itu. Ada sedikit rasa terkilan di hati. Entahlah. Tidak mengapalah. Saya akan terangkan niat saya kepadanya supaya dia memahami tujuan saya. Doakan saya ya.


Sedang berusaha dengan gigih untuk menjadi seorang wanita solehah

Comments

  1. bersabarlah Nad.. ni semua akan mematangkan diri demi menjalani liku2 kehidupan yang tidak kita ketahui ranjaunya.. tabahkan hati cekalkan iman.. InsyaAllah.. :)

    ReplyDelete
  2. salam 'alaikum,

    usah gusar akan datangnya pandangan manusia dalam diri melakukan ketaatan, gusarlah apa pandangan Allah pada kita. jangan lemah dan jangan pula berputus asa dalam melakukan ketaatan... sabar, tabah dan pahit menjadi mahar setiap kemanisan... insyaAllah disitu ada kekuatan...

    ReplyDelete
  3. salam..

    shukran jazilan di atas kata-kata semangat anda semua.. :)

    saya sudah mula pakai tudung labuh..sedang mengumpul tudung labuh :D

    terima kasih sekali lagi

    ReplyDelete

Post a Comment

Jika saya ada tersilap dalam berbicara, silalah tegur saya ya? Komen anda pemberi semangat kepada saya.

Popular posts from this blog

Sifat Mengikut Bulan Islam

Wallahualam. Hanya Allah S.W.T yang lebih mengetahui akan kekuatan dan kelemahan diri ini.

Lagu Sekolah Menengah Agama Nilai

Lagu SMA Nilai

Choral Speaking (We are One)

We are One WE ARE ONE Excellent! Unbeatable! Unforgettable! Assalamualaikum w.b.t We are from SMRA Nilai The millennium generation of 2010 Present to you ‘We Are One’. Eh.. What is 1 Malaysia? Huh? 1 Malaysia? What is that? Never heard about that! Hey, are you a Malaysian? Aa.. [Laughing] Let me tell you what 1 Malaysia is. Malaysians must stand together, think and act As one people under 1 Malaysia concept. [Ooh..] Did you get it now? Yes! ﺍﻡﻡ... ﻫﻴﺎ ﻧﺗﻛﻟﻢ ﻜﺛﻴﺮﺍ ﻋﻧﻬﺎ ﻤﻮﺍﻔﻖ ﺴﻼﻢ ﺍﺴﺘﻘﺮﺍﺭ ﺍﻧﺴﺟﺎﻢ ﻫﺫﺍ ﻤﺎﻠﻴﺯﻴﺎ! A country that belongs to all Malaysians with a shared history, belief and even a future. U-N-I-T-Y [individual] Unity! Only a five - letter word, yet the foundation of multi - racial Malaysia. A cultural melting pot [si ni kitak tek? Kamek dari sinun] [Wa jiak pah liaw?] A unique heritage of different races [Selamat Hari Raya! Gong Xi Fa Cai! Gayu Guru Gerai Nyamai! Diwali Vartikah] A harmon...