Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Selawat dan salam buat junjungan, Rasulullah S.A.W, keluarganya dan sahabatnya.
Assalamualaikum.
Wah. Hari ini saya telah mendapat antara tarbiyah yang terbaik sekali dalam hidup. Baru sahaja berazam hendak berubah ke arah kebaikan, saya pula terbuat dosa lagi. Terbuat? Bolehkah terbuat dosa? Bukankah diri yang ingin melakukan dosa itu? Aduh. Manalah akal fikiran saya ketika itu. Spontan sahaja saya melakukan perbuatan khilaf itu tadi. Astaghfirulah al-azim. Rasa macam hendak menangis sahaja tadi. Entahlah. Mungkin saya terlalu gembira sehingga terlupa batasan pergaulan dalam Islam. Itulah. Terlalu mengikut perasaan dan iman pula tidak teguh.
Saya masih lagi dalam keadaan terkejut dan tergamam dengan kelakuan saya. Adakah Allah S.W.T akan mengampunkan dosa saya itu?
Comments
Post a Comment
Jika saya ada tersilap dalam berbicara, silalah tegur saya ya? Komen anda pemberi semangat kepada saya.