Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Selawat dan salam buat junjungan, Rasulullah S.A.W, keluarganya dan sahabatnya. Assalamualaikum dan salam ukhwah buat sahabat semua. Kaifa haluk al-yaum? Kaifa imauka/ki? Wah, berbahasa Arab pula saya. Maklumlah setiap Jumaat, semua warga SMAN dikehendaki berkomunikasi dalam bahasa Al-Quran nan indah itu. Malangnya saya tidak fasih mahu pun pandai berbahasa Arab. ‘Ana la adrie an atakalama bilughati arabiyah’ . Ayat ini pun semalaman saya menghafalnya. Saya beruntung kerana seorang teman saya sudi membantu saya. Jadi saya dapat menggunakannya semalam semasa di sekolah. Terasa menyesal kerana tidak menumpukan perhatian pelajaran Bahasa Arab semasa di perigkat PMR dulu. Menyesal pun tiada guna. Apa yang perlu saya lakukan sekarang ialah belajar semula. Sedikit demi sedikit. Lama-lama pandailah bak kata seorang teman saya. Sahabat saya ini sangat supportive orangnya. Bertuah mempunyai kawan seperti dia. Cukuplah saya...
"Kata-kata yang baik adalah suatu sedekah"