Gadis yang taat beribadah. Gadis paling cantik dan menawan. Walaupun tak jelita tapi raut wajahnya tenang dan manis. Pada wajahnya tiada kejahatan. Hatinya bersih menyebabkan cahaya keimanan memancar-mancar di mukanya. Bersih fizikalnya kerana sentiasa menjaga kebersihan dirinya. Emosi wanita solehah ialah perasaan kasih-sayang dan cinta yang dipendamkan istimewa untuk suaminya yang telah ditakdirkan hidup bersamanya. Mental wanita solehah penuh dengan perkara positif. Menganggap hidup sebagai satu nikmat yang terbesar yang membolehkan dia beribadah dengan tenang dan tulus kerana Allah S.W.T. Bertudung untuk menutup bentuk dadanya dan pakaiannya ialah baju kurung atau baju labuh yang longgar untuk tidak menampakkan susuk tubuhnya. Apabila berjalan ke luar rumah, dia sentiasa bertemankan muhrimnya. Berjalan tidak berlenggok atau hendak menunjuk-nunjuk. Sumber: Akhbar iluvislam (Edisi 8-14 April 2011)
"Kata-kata yang baik adalah suatu sedekah"