Skip to main content

Kewajipan Menutup Aurat

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Selawat dan salam buat junjungan, Rasulullah S.A.W, keluarganya dan sahabatnya.

Assalamualaikum, salam sejahtera dan salam ukhwah buat sahabat semua.

Alhamdulillah. Kita panjatkan kesyukuran kita terhadap Allah S.W.T di atas segala nikmat yang diberikan kepada kita semua.

Suka saya di sini untuk berkongsikan satu artikel yang saya peroleh di sebuah masjid berdekatan dengan Stadium Paroi. Artikel berbentuk tazkirah ini bertajuk ‘Kewajipan Menutup Aurat’. Moga-moga artikel yang saya kongsikan kali ini mampu memberikan kita satu peringatan dan kesedaran dalam menutup aurat. Insha Allah.

‘Dunia Ini Adalah Perhiasan Dan Sebaik-baik Perhiasan Adalah Wanita Solehah’

     


“Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan (aurat) mereka; dan hendaklah mereka menutup kain tudung ke dada dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali pada yang zahir daripadanya.”

                                                 (Surah An-Nur: Ayat 31)


BERTUDUNG TETAPI BELUM SEMPURNA MENUTUP AURAT
  1. Baju yang dipakai singkat tidak labuh melepasi pinggul.
  2. Mendedahkan bentuk/lekuk dada tersembul dan punggung.
  3.  Memakai KETAT-SENDAT menampakkan susuk tubuh. Nampak seksi.
  4.  Kain yang dipakai terlalu singkat/ senteng menampakkan betis.
  5.  Bertudung tetapi pakai T-SHIRT PENDEK tayang lengan dan ketiak
  6. Seluar JEANSnya ketat dan sendat, jelas menampkkan alur kelangkang. Bawah bajunya singkat maka menampakkan pangkal peha dan terdedahlah bahagian punggung yang wajib ditutup.
  7.  Tidak bersarung kaki/ stokin.
  8. Solekan/ TABARRUJ yang jelas dilihat (lipstik, maskara dan lain-lain)
  9.  Berwangi-wangian yang merangsang nafsu dan menimbulkan fitnah.
  10. Mendedahkan aurat di hadapan ipar/sepupu (bukan muhrim)
  11.  Bertudung tetapi tergedik-gedik dengan jantannya kat shopping kompleks.
  12. Bertudung tapi sengaja tayang betis semasa menunggang motosikal. Walaupun berkain, pakailah seluar panjang!


 
“Sesungguhnya sebilangan ahli neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang, (menggoda, nipis, ketat, seksi, yang cenderung kepada perbuatan maksiat dan mencenderungkan orang lain kepada perbuatan maksiat). Rambut mereka laksana goh-goh unta (didedah dan dibanggakan). Sungguh, mereka itu tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya.”

               (Hadis Sahih Riwayat Bukhari dan Muslim)




Comments

Popular posts from this blog

Sifat Mengikut Bulan Islam

Wallahualam. Hanya Allah S.W.T yang lebih mengetahui akan kekuatan dan kelemahan diri ini.

Lagu Sekolah Menengah Agama Nilai

Lagu SMA Nilai

Choral Speaking (We are One)

We are One WE ARE ONE Excellent! Unbeatable! Unforgettable! Assalamualaikum w.b.t We are from SMRA Nilai The millennium generation of 2010 Present to you ‘We Are One’. Eh.. What is 1 Malaysia? Huh? 1 Malaysia? What is that? Never heard about that! Hey, are you a Malaysian? Aa.. [Laughing] Let me tell you what 1 Malaysia is. Malaysians must stand together, think and act As one people under 1 Malaysia concept. [Ooh..] Did you get it now? Yes! ﺍﻡﻡ... ﻫﻴﺎ ﻧﺗﻛﻟﻢ ﻜﺛﻴﺮﺍ ﻋﻧﻬﺎ ﻤﻮﺍﻔﻖ ﺴﻼﻢ ﺍﺴﺘﻘﺮﺍﺭ ﺍﻧﺴﺟﺎﻢ ﻫﺫﺍ ﻤﺎﻠﻴﺯﻴﺎ! A country that belongs to all Malaysians with a shared history, belief and even a future. U-N-I-T-Y [individual] Unity! Only a five - letter word, yet the foundation of multi - racial Malaysia. A cultural melting pot [si ni kitak tek? Kamek dari sinun] [Wa jiak pah liaw?] A unique heritage of different races [Selamat Hari Raya! Gong Xi Fa Cai! Gayu Guru Gerai Nyamai! Diwali Vartikah] A harmon...