Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Selawat dan salam buat junjungan, Rasulullah S.A.W, keluarganya dan sahabatnya.
Assalamualaikum dan salam ukhwah buat sahabat semua.
Kaifa haluk al-yaum? Kaifa imauka/ki? Wah, berbahasa Arab pula saya. Maklumlah setiap Jumaat, semua warga SMAN dikehendaki berkomunikasi dalam bahasa Al-Quran nan indah itu. Malangnya saya tidak fasih mahu pun pandai berbahasa Arab. ‘Ana la adrie an atakalama bilughati arabiyah’. Ayat ini pun semalaman saya menghafalnya. Saya beruntung kerana seorang teman saya sudi membantu saya. Jadi saya dapat menggunakannya semalam semasa di sekolah.
Terasa menyesal kerana tidak menumpukan perhatian pelajaran Bahasa Arab semasa di perigkat PMR dulu. Menyesal pun tiada guna. Apa yang perlu saya lakukan sekarang ialah belajar semula. Sedikit demi sedikit. Lama-lama pandailah bak kata seorang teman saya. Sahabat saya ini sangat supportive orangnya. Bertuah mempunyai kawan seperti dia.
Cukuplah saya membebel tanpa tujuan. Maaf ya. Saya gemar berbelit-belit bila berkata-kata. Ana asif.
Jadi, izinkan saya berkongsi rasa hati saya kali ini mengenai sesuatu yang saya gemari ya.
Ceritanya begini. Pada suatu hari yang indah dan permai, terdapat seorang gadis yang comel sedang berjalan-jalan dengan riang. Eh, macam hendak memasuki pertandingan bercerita pula. Bergurau sahaja dengan anda semua. Janganlah serius sangat muka tu. Tak baik untuk kesihatan tau. Nanti cepat tua.
Dalam entri kali ini saya ingin membuat sedikit review mengenai album ‘Berjalan Tanpa Henti’. Terdapat 9 buah lagu termasuk 1 minus one. Apa yang saya boleh katakan ialah saya menggemari kesemua lagu yang didendangkan di dalam abum ‘Berjalan Tanpa Henti’. Lagu kegemaran saya ialah ‘Don’t Walk Away’ dan ‘Bersama’. Lirik yang dikarang ringkas tapi padat dengan mesej ditambah lagi dengan gubahan muzik yang sangat catchy membuatkan album ini sangat menarik. Saya bagi 9/10 untuk album ini. Bagi peminat nasyid, saya cadangkan anda mendapatkan album ini. Bagi saya, tidak rugi membelinya. Tidak salah rasanya jika sekali sekala kita mendengar lagu. Lagipun ianya lagu berunsurkan ketuhanan dan mempunyai mesej yang baik.
Anda boleh mendengar promo album ini di video yang saya lampirkan di dalam entri ini. Setiap orang ada pendapat tersendiri. Mungkin saya kata menarik tapi tidak pada pihak anda. Tepuk dada, tanya selera.
Jika anda berminat untuk mendapatkan album Devotees: Berjalan Tanpa Henti, anda boleh menempahnya di ebazaar.com.my.
Wasalam.
Comments
Post a Comment
Jika saya ada tersilap dalam berbicara, silalah tegur saya ya? Komen anda pemberi semangat kepada saya.