- Gadis yang taat beribadah.
- Gadis paling cantik dan menawan. Walaupun tak jelita tapi raut wajahnya tenang dan manis. Pada wajahnya tiada kejahatan.
- Hatinya bersih menyebabkan cahaya keimanan memancar-mancar di mukanya.
- Bersih fizikalnya kerana sentiasa menjaga kebersihan dirinya.
- Emosi wanita solehah ialah perasaan kasih-sayang dan cinta yang dipendamkan istimewa untuk suaminya yang telah ditakdirkan hidup bersamanya.
- Mental wanita solehah penuh dengan perkara positif.
- Menganggap hidup sebagai satu nikmat yang terbesar yang membolehkan dia beribadah dengan tenang dan tulus kerana Allah S.W.T.
- Bertudung untuk menutup bentuk dadanya dan pakaiannya ialah baju kurung atau baju labuh yang longgar untuk tidak menampakkan susuk tubuhnya.
- Apabila berjalan ke luar rumah, dia sentiasa bertemankan muhrimnya.
- Berjalan tidak berlenggok atau hendak menunjuk-nunjuk.
Sumber: Akhbar iluvislam (Edisi 8-14 April 2011)
Comments
Post a Comment
Jika saya ada tersilap dalam berbicara, silalah tegur saya ya? Komen anda pemberi semangat kepada saya.