Wahai Tuhan
Aku inginkan seorang penyelamat
Aku mendambakan seorang pembimbing
Yang mampu membimbing diriku ke jalan-Mu
Wahai Tuhan
Aku mengharapkan seorang pelindung
Yang bisa melindungi aku
Dari dunia yang kejam
Aku perlukan teman yang akan sentiasa
Tersenyum kepadaku di kala aku sedih
Aku mahukan seseorang yang setia bersamaku
Berusaha ke syurga-Mu
Wahai Tuhan
Aku mahu cintaku terhadapnya
Hanya kerana-Mu
Tapi
Layakkah aku meminta semua ini dari-Mu
Ya Tuhanku?
Sedangkan
Aku sendiri tidak pernah sempurna
15.4.2011
4.30 petang
Comments
Post a Comment
Jika saya ada tersilap dalam berbicara, silalah tegur saya ya? Komen anda pemberi semangat kepada saya.