Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Selawat dan salam buat junjungan, Rasulullah S.A.W, keluarganya dan sahabatnya.
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua.
Alhamdulillah. Saya masih bernafas lagi ketika menulis entri ini. Allah Maha Besar kerana masih menghidupkan saya selepas mati beberapa jam. Semoga hari ini lebih baik dari semalam. Insha Allah.
Dalam entri yang lepas, saya ada menyebut bahawa saya ingin menjadi seperti matahari. Alhamdulillah kerana saya berkesempatan untuk berkongsi rasa saya kali ini dengan sesiapa yang sudi membaca entri di dalam blog saya. Terima kasih daun keladi. Lain kali baca lagi ya.
“Matahari. Jadilah sepertinya. Sinar cahaya kepada semua. Sumber tenaga segala. Paksi untuk semesta. Sinarnya sampai walau dalam gelita.”
-Hilal Asyraf-

Izinkan saya membuat sedikit ulasan mengenai buku ini berdasarkan beberapa buah cerpen yang sempat saya baca. Secara ringkasnya, ‘Matahari memberikan 1001 satu pengajaran berguna dalam kehidupan insan. Setiap ceritanya berkait dengan sisi kehidupan yang berbeza. Percintaan, perjuangan, rumah tangga, alam persekolahan dan sebagainya. Namun, mesejnya tetap sama. Islam dijadikan sebagai teras dalam penceritaan dan Allah S.W.T dijadikan tempat penggantungan yang hakiki bagi setiap Muslim. Alangkah indahnya hidup ini jika kita mengamalkan cara hidup Islam yang sebenar.
Daripada Abu Ruqaiyyah Tamim ibn Aus al-Daarie r.a. bahawa Nabi SAW telah bersabda: Agama itu adalah nasihat. Kami berkata: Untuk siapa? Baginda bersabda: Untuk Allah, untuk kitabNya, untuk RasulNya, untuk para lmam kaum muslimin dan untuk umat lslam seluruhnya. Hadis riwayat al-lmam Muslim.
Semoga Allah S.W.T akan sentiasa memberkati usaha saudara Hilal Asyraf dalam berkarya untuk menyampaikan dakwah Islam melalui penulisan beliau.
Sejujurnya, saya sendiri belum habis membaca cerpen-cerpen di dalam buku ini. Ini kerana saya memegang kepada kata-katanya di mana penulis berasa rugi jika pembaca bukunya membaca sekadar berseronok tanpa berfikir mesej yang cuba disampaikan.
Saya hanya membaca satu cerpen setiap hari. Itu pun jika fikiran saya tidak bercelaru dan kusut dengan masalah. Setiap kali saya membaca cerpen saudara Hilal Asyraf, benak fikiran saya mula beroperasi dengan rancaknya. Cerita yang ringkas tetapi sarat dengan mesej.
Saya sudah membaca beberapa buah cerpen di dalam buku ini. Antara yang menjadi kegemaran saya buat setakat ini ialah ‘Matahari 2’ dan ‘Bulan’. Kedua-dua cerita ini berkisarkan kehidupan seorang guru baru yang ditugaskan untuk mengajar dan menjadi warden di sebuah sekolah yang terkenal dengan kenakalan dan masalah disiplinnya serta menyimpang jauh dari landasan Islam itu sendiri. Saya tertarik dengan cara penyampaian saudara Hilal Asyraf yang begitu bersahaja tetapi dalam masa yang sama mampu membuatkan pembaca berfikir isu dan mesej yang cuba di sampaikan.
Setelah usai saya membaca kedua-dua cerpen (Matahari 2 dan Bulan) itu, hati kecil saya mula terdetik, ‘Eh, aku pun kena jadi warden. Tapi mampu ke aku jadi macam Cikgu Anas dan Cikgu Basyir? Aku pun nak jadi macam diorang. Jadi matahari macam Cikgu Anas. Bulan macam Cikgu Basyir.’
“Berbanding membakar dengan kepanasan, matahari memilih memberi petunjuk dengan cahayanya. Sungguh manusia perlu memahami manusia dan menyentuh jiwa-jiwa, bukan menghilangkan pengharapan kepada Rabbnya. Matahari menjadi petunjuk buat pengembara. Manusia memerlukan contoh menuju Tuhannya. Siapakah yang benar-benar memahami, apakah tanggungjawabnya sebagai hamba?”
-HILAL ASYRAF-
Ya Allah, saya begitu kagum dengan semangat dan keupayaan Cikgu Anas dan Cikgu Basyir. Mereka mampu membimbing para pelajarnya yang saya kira semakin hanyut dengan arus duniawi ke jalan Allah S.W.T. Watak Cikgu Anas dan Cikgu Basyir sangat sesuai diumpamakan seperti matahari yang menyinari hidup pelajarnya.
Sebenarnya semasa saya membaca kedua buah cerpen ini, saya membayangkan seorang sahabat saya yang saya kira cukup cocok dengan watak Cikgu Anas dan Cikgu Basyir. Tersenyum saya semasa membaca cerpen tersebut.
Andai saya mampu menjadi seperti mereka. Matahari yang sentiasa menyinari hidup insan yang berada di dalam kegelapan. Saya jadikan watak mereka berdua sebagai penyuntik semangat untuk menjadi seorang guru yang sebaik mereka. Mungkin tidak 100% seperti mereka tetapi saya akan terus cuba dan mencuba. Ya Rahman, bantulah aku dalam merealisasikan impian aku ini.
Entahlah. Saya sendiri kurang yakin dengan keupayaan diri untuk mendidik pelajar saya. Saya ingin mendidik mereka bukan setakat dengan memberi ilmu di dalam kelas. Saya ingin mereka semua terdidik dari segi luaran dan dalaman mereka supaya apabila mereka melangkahkan kaki ke dunia yang penuh pancaroba ini, mereka mampu menjaga diri mereka. Saya cukup risau dengan masa depan mereka. Saya takut jika mula tersasar ke jalan yang tidak sepatutnya. Peliharalah mereka, Ya Allah. Ilmu agama saya begitu kurang di dada ini. Saya terasa begitu sukar untuk memberi nasihat kepada mereka. Akan tetapi saya buat setakat yang saya mampu.
Semalam, seorang sahabat lama saya; Saudara Hazeri (lama tidak ketemu) sempat menyampaikan pesanannya kepada saya. Katanya kepada saya ialah, ‘Kau didiklah budak kau elok-elok.’ Ya, saya akan cuba sedaya-upaya saya. Terima kasih Hazeri. Akan saya sematkan nasihat saudara itu di dalam hati saya.
Doakan saya ya, teman-teman. Akhir kata, saya menyusun sepuluh jari jika coretan saya kali ini tersangat merapu dan mengarut. Maaf ya.
Oh ya. Sebelum saya terlupa, saya cadangkan kepada anda untuk mendapatkan buku koleksi cerpen ‘Matahari’ oleh saudara Hilal Asyraf. Saya jamin anda tidak akan berasa rugi jika membaca karya-karya beliau. Bukalah mata, bukalah minda. Berfikirlah apa yang cuba disampaikan. Semoga apa yang anda baca di dalam buku ini mampu memantapkan lagi iman di dada. Seterusnya menjadi seorang insan yang sentiasa mengingati Penciptanya. Insha Allah.
Wallahualam.
Wassalam.
salaam,
ReplyDeletebila baca novel2 dalam Matahari, nampak cam Hilal Asyraf ni cam tak lama lagi nak 'naik tangga' je..
wasalam,
ReplyDeletenaik tangga?mksdnya kawen ke?aah la..ada cerpen dlm 2 mcm cite dia dgn bakal isteri je..pas2 dlm buku ape tah xingat lak,dia ada dedicate buku dia utk someone yg brada kemas dalam hati dia..hehe..smoga dia mcapai apa yg dia hajatkan..
salamualaikum!
ReplyDeletesalam ziarah!
ummu nuha:itu buku hero ngan takdir
huhu ^0^
please follow my blog
http://legendarysapphire.blogspot.com/
Spot on with this write-up, I absolutely believe this website needs
ReplyDeletea lot more attention. I'll probably be returning to read through more, thanks for the advice!
Also visit my web site: click here