Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Selawat dan salam buat junjungan, Rasulullah S.A.W, keluarganya dan sahabatnya.
Assalamualaikum, pembuka kata.
Alhamdulilah. Syukur ke hadrat-Nya kerana kita masih berpeluang menikmati nikmat kurnia-Nya yang tidak pernah putus-putus.
Pertama sekali izinkan saya berkongsi sebuah lagu yang pada saya sangat menarik untuk halwa telinga kita. Sekaligus mendidik jiwa kita supaya sentiasa merindui Nabi junjungan yang tercinta, Rasulullah S.A.W.
Kali pertama saya mendengar lagu ini ialah di Rancangan Akhir Akademi Al-Quran 5. Saya terus terpikat dengan susunan dan gubahan lagu ini. Sangat bersahaja dan catchy lirik dan muziknya. Ditambah pula dengan kehadiran suara si cilik yang sangat memikat hati. Itu pendapat saya. Bagaimana pula dengan anda?
Saya menaruh harapan untuk bertemu dengan Rasulullah S.A.W di syurga nanti dan mendapat syafaat daripadanya. Tetapi saya mestilah sentiasa mengucap selawat kepada Nabi Muhammad.
Ayuh, kita berselawat ke atasnya. Moga-moga kita memperoleh keberkatan dan syafaat di Mahsyar nanti. Insha Allah.
Comments
Post a Comment
Jika saya ada tersilap dalam berbicara, silalah tegur saya ya? Komen anda pemberi semangat kepada saya.