Skip to main content

Muhasabah Diri

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Selawat dan salam buat junjungan, Rasulullah S.A.W, keluarganya dan sahabatnya.

Assalamualaikum.

Alhamdulillah. Syukur ke hadrat-Nya yang masih memberi kesempatan buat diri ini untuk terus mengembara di bumi indah ini dalam mencari sinar cahaya-Nya.

Saya keseorangan ketika saya menulis entri kali ini. Keadaan yang sunyi dan berseorangan memberi peluang kepada saya untuk memuhasabah diri sepanjang dua minggu yang telah berlalu. Jari jemari juga rancak menari di atas papan kekunci komputer riba yang telah berjasa kepada saya sejak saya mula menimba ilmu di UNISEL.


 “Pernahkah kau bertanya kepada matahari, tidakkah dia bosan akan tugasnya? Seharian memberi cahaya. Siapa pernah terfikir, apakah matahari itu ikhlas pada Penciptanya?”

Saya petik kata-kata saudara Hilal Asyraf (penulis kegemaran saya) dari sebuah karyanya ‘Matahari’. Setiap butir bicaranya di atas menyentuh hati. Ia membuat saya berfikir dan merenung kembali diri ini yang acap kali melakukan kesilapan sepanjang berkelana di dunia yang fana ini.

Sudah dua hari saya tinggal di asrama dan selama dua hari juga saya mula memikul tangungjawab sebagai warden secara rasminya. Terasa begitu sukar hendak menggalas amanah yang diberikan oleh Allah S.W.T. Pada mulanya saya agak keberatan untuk menerima tugas baru ini dan kurang ikhlas dalam menjalankan tanggungjawab. Entahlah. Mungkin saya tiada pengalaman tinggal di asrama sebelum ini dan kurang arif dengan peraturan di asrama. Mungkin juga saya ini anak manja yang tidak boleh berenggang dengan keluarga. Tidak mengapalah. Saya akan cuba mengikhlaskan diri dan cuba sedaya-upaya untuk menggalas amanah yang diberikan. Teringat saya akan satu hadis yang disabdakan oleh Rasulullah S.A.W yang bermaksud:


“Sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan.

Niat adalah penting untuk membezakan antara ibadat dengan adat. Niat itu penting untuk membezakan antara amalan yang ditujukan kepada Allah atau kepada yang lain selain Allah. Rugi rasanya jika niat saya tidak betul dan tidak ikhlas. Sia-sia sahaja pekerjaan saya kan?  Hanya mendapat penat sahaja.

Dua minggu ini terlalu banyak kali saya mengeluh. Terasa sungguh tidak bersyukur dengan nikmat Allah S.W.T kepada saya. Mengeluh, mengeluh dan mengeluh. Ya Allah, ampunkan aku kerana sering mengeluh di atas nikmat-Mu itu. Hati ini sudah terlalu lama dididik dengan sifat mazmumah hingga menjadikan hati ini keras dan hitam. Terlalu sedikit sifat mahmudah ditanam di dalamnya.

Baru sedikit sahaja Allah menimpa ujian buat diri ini, saya sudah terasa lemah dan mula berputus asa. Entahlah. Saya kira saya ini kurang positif orangnya. Hati saya dilanda gundah beberapa minggu ini. Bermacam-macam fikiran negatif menerjah diri. Mulalah saya berfikit yang bukan-bukan. Saya gagal melawan bisikan dan hasutan syaitan laknatullah. Namun, saya tetap bersyukur kerana saya cepat tersedar dengan tindakan saya. Teman-teman juga acap kali mengingatkan saya dengan kata-kata tarbiyah mereka. Alhamdulillah. Hati sedih hanya sebentar sahaja. Kalau dibiar melarat, saya juga yang susah bukan?

“Jangan meremehkan sedikitpun tentang makruf meskipun hanya menjumpai kawan dengan berwajah ceria (senyum).”
 (HR. Muslim)

Kata-kata ini sering terngiang-ngiang di telinga dan terbayang-bayang di mata selepas saya membaca hadis ini di dalam sebuah buku. Saya mempunyai satu sifat yang kurang baik yang sering mencacatkan peribadi saya. Sering membantutkan usaha saya untuk bergerak ke arah kebaikan. Entahlah. Terasa sukar hendak berwajah ceria dengan orang yang sering melukakan hati ini. Niat di hati ikhlas membantu tetapi sering  disalah anggap sebagai ‘penyibuk’. Sedih juga bila diperlakukan begitu. Saya mencuba juga senyum kepada mereka tetapi senyuman saya disambut dengan mimik muka yang dingin dan kelat. Biarlah. Saya sering menundukkan muka apabila terserempak dengan mereka ini. Mungkin saya tidak setaraf dengan mereka yang belajar di universiti yang hebat jika dibandingkan dengan saya. Hanya lulusan universiti swasta. Tapi saya berjanji untuk berubah. Saya akan cuba melakar senyuman kepada sesiapa sahaja selepas ini.

“Munculnya matahari di hari baru, tanda Allah masih mencintaimu. Taubat masih ditawar, keampunan masih dibuka. Sungguh pengampunan-Nya lebih luas berbanding dunia ciptaan-nya. Namun siapakah yang bersungguh mencari dan bersimpuh di sisi-Nya?”

Sejujurnya, terlalu banyak kesilapan telah saya lakukan beberapa minggu ini. Bukan minggu ini sahaja. Sejak dari saya lahir lagi. Ada sahaja yang membuatkan saya marah, berkeluh kesah dan sebagainya. Istigfar selalu tersemat di hati ini. Bukan hendak menunjuk yang saya ini baik tetapi setiap Muslim mesti sentiasa beristighfar kerana kita tidak akan bebas dari melakukan dosa. Baik kita sedari atau tidak. Sekurang-kurangnya kita sedar kedudukan kita di sisi Allah S.W.T. Keampunan dan keredhaan-Nya sentiasa saya harapkan dalam hidup ini. Saya sudah letih hidup dalam kefasikan dan hanyut dibawa arus duniawi. Entahlah. Doakan saya ya. Semoga saya mampu merubah diri dan menjadi wanita solehah.

Maafkan saya jikalau anda berasa sakit hati ketika membaca coretan saya yang tidak bermanfaat ini.

إِلَى الِّقَاءِ

Wassalam.

Comments

Popular posts from this blog

Sifat Mengikut Bulan Islam

Wallahualam. Hanya Allah S.W.T yang lebih mengetahui akan kekuatan dan kelemahan diri ini.

Lagu Sekolah Menengah Agama Nilai

Lagu SMA Nilai

Choral Speaking (We are One)

We are One WE ARE ONE Excellent! Unbeatable! Unforgettable! Assalamualaikum w.b.t We are from SMRA Nilai The millennium generation of 2010 Present to you ‘We Are One’. Eh.. What is 1 Malaysia? Huh? 1 Malaysia? What is that? Never heard about that! Hey, are you a Malaysian? Aa.. [Laughing] Let me tell you what 1 Malaysia is. Malaysians must stand together, think and act As one people under 1 Malaysia concept. [Ooh..] Did you get it now? Yes! ﺍﻡﻡ... ﻫﻴﺎ ﻧﺗﻛﻟﻢ ﻜﺛﻴﺮﺍ ﻋﻧﻬﺎ ﻤﻮﺍﻔﻖ ﺴﻼﻢ ﺍﺴﺘﻘﺮﺍﺭ ﺍﻧﺴﺟﺎﻢ ﻫﺫﺍ ﻤﺎﻠﻴﺯﻴﺎ! A country that belongs to all Malaysians with a shared history, belief and even a future. U-N-I-T-Y [individual] Unity! Only a five - letter word, yet the foundation of multi - racial Malaysia. A cultural melting pot [si ni kitak tek? Kamek dari sinun] [Wa jiak pah liaw?] A unique heritage of different races [Selamat Hari Raya! Gong Xi Fa Cai! Gayu Guru Gerai Nyamai! Diwali Vartikah] A harmon...