Aku terjeda dengan khabaran itu
Hati ini terluka dengan kata-kata dusta
Aku tidak bersalah namun mengapa kau mencanang berita palsu itu
Kau buat aku begitu jelek di hadapan temanku
Harga diriku tercalar angkara bicaramu
Namun aku redha dengan semua ini
Mungkin ini cubaan daripada-Nya
Untuk membuatkan aku lebih tabah
Dalam memikul amanah yang diberi oleh Allah Al-Khaliq
Dan mungkin juga ujian ini adalah tarbiyah daripada Ar-Rahman
Supaya aku lebih berhati-hati selepas ini
Dalam menyusun langkahku
Dalam menutur bait-bait bicaraku
Sememangnya tiada siapa yang boleh aku percayai
Melainkan DIA yang Maha Kuasa
Nadiah
1.4.2011
4.04 petang
Comments
Post a Comment
Jika saya ada tersilap dalam berbicara, silalah tegur saya ya? Komen anda pemberi semangat kepada saya.