Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Self Expression

Matahari 2

Terima kasih Tuhan Doaku dimakbulkan lagi Kerana masih ada ruang buat diriku Menyaksikan senyuman Matahariku Matahariku Sumber inspirasiku Sumber kekuatanku Matahari itu jugalah penyuluh hidupku Sinarnya terang Di kala duniaku gelita Terima kasih aku ucapkan Buatmu, Matahariku Walaupun aku takkan bisa melihat Senyuman kau lagi selepas ini Namun Kau tetap Matahariku Yang sentiasa bersinar Di dalam hati kecilku ini 15.4.2011 3.45 petang

Harapan

Wahai Tuhan Aku inginkan seorang penyelamat Aku mendambakan seorang pembimbing Yang mampu membimbing diriku ke jalan-Mu Wahai Tuhan Aku mengharapkan seorang pelindung Yang bisa melindungi aku Dari dunia yang kejam Aku perlukan teman yang akan sentiasa Tersenyum kepadaku di kala aku sedih Aku mahukan seseorang yang setia bersamaku Berusaha ke syurga-Mu Wahai Tuhan Aku mahu cintaku terhadapnya Hanya kerana-Mu Tapi Layakkah aku meminta semua ini dari-Mu Ya Tuhanku? Sedangkan Aku sendiri tidak pernah sempurna 15.4.2011 4.30 petang

Terima Kasih Tuhan

Ujian hadir tanpa pernah dipinta... Aku terjeda dari larian kilatku... Terjelepuk aku... Mengaduh kesakitan... Butiran mutiara jatuh ke bumi... Namun... Aku bersyukur... kerana Matahariku sentiasa bersinar megah... Menyinari di kala kelamku... Menyuluhku ke jalan keluar... Menarik ku ke jalan benar... Tuhanku Yang Maha Pemurah... Terima kasih kerana Kau kurniakan Matahari itu buatku... Aku berharap dia akan sentiasa menyinari hidupku selamanya. 14.4.2011 7.35 petang

Aku Ingin Berubah

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Selawat dan salam buat junjungan, Rasulullah S.A.W, keluarganya dan sahabatnya. Berubahkah aku hanya bila ada sesuatu Terus aku pulang pada sikap sebelum ku berubah Hanya sekedar sesuatu tak berapa lama pun itu Jarang kuterendap dalam sikap dimana ku berubah Tuhan aku hanya manusia   Mudah berubah lagi dalam sekejap Tuhan aku ingin berubah Dan ku bertahan dalam perubahanku **  Ya Allah, aku benar-benar ingin berubah. Bantulah aku dalam proses perubahan ini. Aku pasti aku tetap akan melakukan perbuatan khilaf dalam hidup ini. Aku mohon kau sedarkan aku. Jangan kau pesongkan aku ke jalan neraka-Mu. Tetapi bimbinglah aku ke jalan Syurga-Mu. Aku mohon kau kurniakan kekuatan dalam hidupku ini. Amin.

Hijrah Diri

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Selawat dan salam buat junjungan, Rasulullah S.A.W, keluarganya dan sahabatnya. Assalamualaikum, pembuka bicara kali ini. Benar kata orang. Bila kita cuba berhijrah ke sesuatu yang baik, pasti ada halangan yang harus ditempuhi. Perjalanan hidup semakin berliku-liku. Cabaran pula datang bagaikan tiada henti. Kenapa mesti ada perasangka buruk terhadap seseorang yang kuat berusaha ke arah menggapai redha-Nya? Bukankah redha Allah lebih bermakna dan manis dari redha manusia? Sukarkah untuk kita menyokong niat murni seseorang itu? Hmm. Entahlah. Saya tertanya-tanya mengapa perkara ini sering berlaku terutama sekali dalam masyarakat kita. Bila kita berpakaian menutup aurat sempurna dikatakan seperti ustazah, berlagak alim dan sebagainya. Ada juga yang tidak yakin dengan perubahan tersebut. Mulalah mengeluarkan kata-kata sumbang seperti: “Aku nak tengok bape lama dia boleh tahan berlagak alim tu.” “Ala... over je dia tu. Perangai tah...

Khilaf Lagi

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Selawat dan salam buat junjungan, Rasulullah S.A.W, keluarganya dan sahabatnya. Assalamualaikum. Wah. Hari ini saya telah mendapat antara tarbiyah yang terbaik sekali dalam hidup. Baru sahaja berazam hendak berubah ke arah kebaikan, saya pula terbuat dosa lagi. Terbuat? Bolehkah terbuat dosa? Bukankah diri yang ingin melakukan dosa itu? Aduh. Manalah akal fikiran saya ketika itu. Spontan sahaja saya melakukan perbuatan khilaf itu tadi. Astaghfirulah al-azim. Rasa macam hendak menangis sahaja tadi. Entahlah. Mungkin saya terlalu gembira sehingga terlupa batasan pergaulan dalam Islam. Itulah. Terlalu mengikut perasaan dan iman pula tidak teguh. Saya masih lagi dalam keadaan terkejut dan tergamam dengan kelakuan saya. Adakah Allah S.W.T akan mengampunkan dosa saya itu? 

Today is an English Day!

In the name of Allah, the Most Graceful and the Most Almighty. Assalamualaikum. All praise is for Allah, the Exalted. May Allah's peace and blessings be upon on Prophet Muhammad, his family and his Companions. May Allah guide us to the Straight Path, save us from the Hellfire and admit us by His mercy into Paradise. Alhamdulillah. I am so grateful to Allah S.W.T for giving me a chance to breath in His world and let me continue my life in pursuing His light and Jannah. Today is an English Language Day in my school. I was nervous at first because this is my first time writing a script for my student to conduct the assembly in English. I was late today! The assembly starts at 7.20 a.m every Thursday and yet, I arrived at 7.15 a.m. So, I have a little time to prepare my student who is supposed to be a MC before the assembly start. But, I still feel proud with Al-Alim’s perfomance today. I will improve the script and the flow for the English assembly after this. Oh yes, time manage...

Jangan Alirkan Air Matamu, Sayang

Kala langit malam mula memekatkan warnanya, si bulan menerangi alam ini... Kau terduduk... Termangu-magu di hadapan komputer ribamu itu... Senyuman yang terlakar... Hilang begitu saja... Air mata mengambil alih takhta sang senyum dan tawa... Kini baru kau sedar... Butiran mutiara yang terhasil dari mata ini bagaikan peneman setia... Hanya dialah yang setia menemani kau... Tak kira bila masa... Wahai intan... Mengapa kau mesti bersedih lagi? Bukankah kau sudah berjanji tidak akan melayan perasaan itu lagi? Kenapa ya? Sudahlah... Cukuplah... Jangan kau layan perasaan itu... Ingatlah kata-kata ini... Biarlah orang merendah-rendahkan kau... Biarlah mereka membuli dan menghina kau... Jangan pernah kau kisah kata-kata nista mereka... Kerana... Mereka tidak mengenalimu... Mereka tidak akan pernah cuba memahami dirimu... Hanya Yang Maha Esa bisa memahami dirimu lebih dari apa yang engkau tahu... Bersabarlah... Tabahkan hati... Sesungguhnya air mata taubat itu lebih bermakna dari tangisan ...

Diri Ini Lemah

Aku termenung di kala sang mentari mula melabuhkan tirainya... Pandanganku terpaku melihat sekawan burung berterbangan di langit nan merah... Mereka berterbangan riang biar pun letih... Seharian mereka mencari rezeki kurniaan dari-Nya... Tidak pernah ada perkataan ‘jemu’ dalam kamus hidup mereka... Aku tertanya-tanya... Tidak penatkah mereka? Jemu? Hmm... Jauh sama sekali aku kira... Aku pula bagaimana? Entahlah... Aku sendiri tidak pasti apa jawapannya... Apa yang telah menimpa diri ini? Aku seperti kehilangan sesuatu... Sesuatu yang penting dalam   menyalakan api semangatku... Api yang membara mulai malap... Kerna kehilangannya itu... Ah... Aku khuatir... Aku bingung... Aku merintih dan merintih... Apa yang telah aku cicirkan dalam hidup ini? Kini... Aku bagaikan tidak bersemangat lagi... Inspirasi hidupku kian memudarkan warnanya... Hidup tidak menentu... Emosi tersentuh... Diri bak tisu... Bila-bila masa saja akan terkoyak... Terdetik juga fikiran jahiliyah di benak fikiranku...

Secebis Ruang Kehidupan Dari-Nya

Tersentak dari buaian mimpi-mimpi indah, engkau bangkit dari tidurmu, berjalan untuk menyingkap jendelamu, cahaya yang biasa engkau temui menyapa mukamu. Oh, sudah pagi rupanya. Engkau mencapai tuala dan bergegas untuk membersihkan dirimu. Bagaikan tiada apa-apa bagimu. Engkau meneruskan kehidupanmu seharian,dari pagi sampai ke petang,dari petang sampai ke malam. Adakah bagi engkau segala yang engkau lihat selama ini hujah nenek moyang yang mengatakan sudah menjadi biasa matahari itu terbit dari timur dan tenggelam di barat? Dari pagi bertukar petang? Dari petang bertukar malam? Adakah setiap hembusan nafas itu engkau hargai? Jika itulah tanggapan engkau selama ini, sebenarnya engkau silap. Cahaya yang engkau selalu menyapamu pasti akan membakarmu suatu hari nanti. Engkau akan lihat cahaya yang selama ini terbit dari timur akan terbit dari barat. Ia adalah petanda berakhirnya amalan manusia. Adakah engkau sedari akan perkara ini akan berlaku? Apakah persediaan yang engkau lakukan? Apak...

Rindu Muhammadku

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Selawat dan salam buat junjungan, Rasulullah S.A.W, keluarganya dan sahabatnya. Assalamualaikum, pembuka kata. Alhamdulilah. Syukur ke hadrat-Nya kerana kita masih berpeluang menikmati nikmat kurnia-Nya yang tidak pernah putus-putus.  Pertama sekali izinkan saya berkongsi sebuah lagu yang pada saya sangat menarik untuk halwa telinga kita. Sekaligus mendidik jiwa kita supaya sentiasa merindui Nabi junjungan yang tercinta, Rasulullah S.A.W.  Kali pertama saya mendengar lagu ini ialah di Rancangan Akhir Akademi Al-Quran 5. Saya terus terpikat dengan susunan dan gubahan lagu ini. Sangat bersahaja dan catchy lirik dan muziknya. Ditambah pula dengan kehadiran suara si cilik yang sangat memikat hati. Itu pendapat saya. Bagaimana pula dengan anda? Saya menaruh harapan untuk bertemu dengan Rasulullah S.A.W di syurga nanti dan mendapat syafaat daripadanya. Tetapi saya mestilah sentiasa mengucap selawat kepada Nabi Muham...

Matahari

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Selawat dan salam buat junjungan, Rasulullah S.A.W, keluarganya dan sahabatnya. Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua. Alhamdulillah. Saya masih bernafas lagi ketika menulis entri ini. Allah Maha Besar kerana masih menghidupkan saya selepas mati beberapa jam. Semoga hari ini lebih baik dari semalam. Insha Allah. Dalam entri yang lepas, saya ada menyebut bahawa saya ingin menjadi seperti matahari. Alhamdulillah kerana saya berkesempatan untuk berkongsi rasa saya kali ini dengan sesiapa yang sudi membaca entri di dalam blog saya. Terima kasih daun keladi. Lain kali baca lagi ya. “Matahari. Jadilah sepertinya. Sinar cahaya kepada semua. Sumber tenaga segala. Paksi untuk semesta. Sinarnya sampai walau dalam gelita.” -Hilal Asyraf- Terkesan saya dengan setiap tutur bicara oleh Hilal Asyraf. Madah ini saya petik dari buku saudara Hilal Asyraf yang bertajuk ‘Matahari’. ‘Matahari adalah kompilasi cerpen-cerpen tarbiyah yang bagi...

Muhasabah Diri

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Selawat dan salam buat junjungan, Rasulullah S.A.W, keluarganya dan sahabatnya. Assalamualaikum. Alhamdulillah. Syukur ke hadrat-Nya yang masih memberi kesempatan buat diri ini untuk terus mengembara di bumi indah ini dalam mencari sinar cahaya-Nya. Saya keseorangan ketika saya menulis entri kali ini. Keadaan yang sunyi dan berseorangan memberi peluang kepada saya untuk memuhasabah diri sepanjang dua minggu yang telah berlalu. Jari jemari juga rancak menari di atas papan kekunci komputer riba yang telah berjasa kepada saya sejak saya mula menimba ilmu di UNISEL.  “Pernahkah kau bertanya kepada matahari, tidakkah dia bosan akan tugasnya? Seharian memberi cahaya. Siapa pernah terfikir, apakah matahari itu ikhlas pada Penciptanya?” Saya petik kata-kata saudara Hilal Asyraf (penulis kegemaran saya) dari sebuah karyanya ‘Matahari’. Setiap butir bicaranya di atas menyentuh hati. Ia membuat saya berfikir dan merenung kembali d...

Review: Devotees 'Berjalan Tanpa Henti

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Selawat dan salam buat junjungan, Rasulullah S.A.W, keluarganya dan sahabatnya. Assalamualaikum dan salam ukhwah buat sahabat semua. Kaifa haluk al-yaum?  Kaifa imauka/ki?  Wah, berbahasa Arab pula saya. Maklumlah setiap Jumaat, semua warga SMAN dikehendaki berkomunikasi dalam bahasa Al-Quran nan indah itu. Malangnya saya tidak fasih mahu pun pandai berbahasa Arab. ‘Ana la adrie an atakalama bilughati arabiyah’ . Ayat ini pun semalaman saya menghafalnya. Saya beruntung kerana seorang teman saya sudi membantu saya. Jadi saya dapat menggunakannya semalam semasa di sekolah. Terasa menyesal kerana tidak menumpukan perhatian pelajaran Bahasa Arab semasa di perigkat PMR dulu. Menyesal pun tiada guna. Apa yang perlu saya lakukan sekarang ialah belajar semula. Sedikit demi sedikit. Lama-lama pandailah bak kata seorang teman saya. Sahabat saya ini sangat supportive orangnya. Bertuah mempunyai kawan seperti dia. Cukuplah saya...

Hati Berkata-kata Lagi

Bila aku bersendirian, fikiran mula melayang entah ke mana. Pelbagai perkara dan isu menerjah di setiap ruangan yang ada di kepala ini. Kadang kala aku tertanya-tanya pada diri sendiri. Siapakah aku sebenarnya? Benarkah diri aku ini hipokrit? Salahkah bila aku cuba merubah diri ini? Silapkah keputusan aku bila  ingin berhijrah ke arah kebaikan?  Adakah aku sekadar bermadah kosong apabila jemariku aku menari-nari mencoretkan isi hatiku? Atau kau merasakan aku sekadar menunjuk-nunjuk yang diriku ini baik di mata orang ramai? Adakah penulisan aku berbaur kesombongan atau kehipokritan yang sangat menyakitkan hati kau? Entahlah. Maafkan aku jika perbuatan ini tidak kau senangi. Apa yang aku pasti sekarang ialah aku ikhlas dalam menganjak diri ke suatu paradigma yang baru. Ke dunia yang lebih tenang dan dekat dengan-Nya. Hanya DIA yang tahu niat di hati kecil ini. ‘Ana ikhlas ala af'al haza’. Aku hanya perlukan redha-Nya. Bukan dari kau mahupun sesiapa sahaja. Biarlah kau melemparka...

Hati Ini Mahu Berbicara

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Selawat dan salam buat junjungan, Rasulullah S.A.W, keluarganya dan sahabatnya. Assalamualaikum kepada sesiapa sahaja yang sudi membaca entri ini. Alhamdulillah. Syukur ke hadrat Ilahi kerana masih memberi ruang pada diri ini untuk meneruskan sisa-sisa hidup dalam mencari cahaya-Nya dan Jannah yang menjadi idaman setiap Muslim. Dia sering membantu diri ini berkelana di bumi yang tidak lagi panjang usianya. Syukur Alhamdulillah. Sudah lama blog saya di biar sepi tanpa coretan hati saya. Sudah bersawang dan berhabuk saya kira. Kekangan masa dan sibuk dengan aktiviti harian membataskan saya untuk menulis sesuatu di sini. Terima kasih yang tidak terhingga buat sahabat saya yang mendoakan supaya saya diberi kelapangan masa untuk terus menulis. Alhamdulillah kerana hari ini saya mempunyai kesempatan untuk meluahkan apa yang terbuku di hati dan fikiran sepanjang tempoh saya menjadi Pegawai Teknikal untuk Kejohanan Balapan dan Padan...

Ya Allah, Perasaan itu Datang Lagi

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Selawat dan salam buat junjungan, Rasulullah S.A.W dan keluarganya. Assalamualaikum W.B.T dan selamat pagi saya ucapkan buat anda semua. Alhamdulillah. Syukur ke hadrat Ilahi kerana Dia masih memberi ruang pada diri ini untuk meneruskan sisa-sisa hidup dalam mencari cahaya-Nya dan Jannah yang menjadi idaman setiap Muslim. Apa khabar anda semua? Mudah-mudahan baik sahaja hendaknya. Maafkan saya kerana agak mementingkan diri kali ini kerana entri kali ini lebih berkisarkan diri dan luahan hati saya sendiri. Saya tidak bermaksud untuk mementingkan diri saya tetapi entahlah. Terasa ingin bercerita dengan sesiapa yang membaca blog saya. Entah ada yang membacanya atau tidak. Saya ini suka syok sendiri. Maafkan saya ya? Hmm..Minggu ini agak sunyi bagi saya. Sepatutnya saya harus gembira kerana cuti sekolah. Mengapa ya? Adakah saya terlupa memberi makan kepada roh dan jiwa saya? Mungkin ya dan mungkin tidak. Hanya diri sendiri yang ...

Cinta Oh Cinta!

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Selawat dan salam buat junjungan, Rasulullah S.A.W dan keluarganya. Assalamualaikum W.B.T, pembuka wadah bicara. Alhamdulillah. Syukur ke hadrat Ilahi kerana Dia masih memberi ruang pada diri ini untuk meneruskan sisa-sisa hidup dalam mencari cahaya-Nya dan Jannah yang menjadi idaman setiap Muslim. Apa khabar anda semua? Mudah-mudahan baik sahaja hendaknya. Izinkan saya untuk membicarakan topik mengenai cinta kali ini. Cinta. Apa itu cinta? Jika saya ajukan soalan ini kepada anda semua, saya pasti bermacam jawapan yang akan saya perolehi. Pelbagai definisi cinta yang mungkin akan saya dengar daripada anda semua. Suka untuk saya berkongsi dengan anda semua beberapa definisi yang saya dapati dari buku yang sedang saya baca iaitu ‘Seni Bercinta & Memikat Lelaki’ .   (Kredit kepada Cikgu Faizal. Terima kasih) Beberapa petikan daripada buku tersebut; Sultan Ma’mun bertanyakan kepada Abdullah bin Thahir Za ar Riyasatain ...