Terima kasih Tuhan
Doaku dimakbulkan lagi
Kerana masih ada ruang buat diriku
Menyaksikan senyuman Matahariku
Matahariku
Sumber inspirasiku
Sumber kekuatanku
Matahari itu jugalah penyuluh hidupku
Sinarnya terang
Di kala duniaku gelita
Terima kasih aku ucapkan
Buatmu, Matahariku
Walaupun aku takkan bisa melihat
Senyuman kau lagi selepas ini
Namun
Kau tetap Matahariku
Yang sentiasa bersinar
Di dalam hati kecilku ini

15.4.2011
3.45 petang
Comments
Post a Comment
Jika saya ada tersilap dalam berbicara, silalah tegur saya ya? Komen anda pemberi semangat kepada saya.