Aku rasa berdosa
Tiap kali aku memandangmu
Kerana aku tahu
Kau takkan pernah aku miliki
Akan aku palingkan pandanganku
Tiap kali mata kita bertemu
Kerana aku tahu
Hatiku kan luluh hiba
Adakah perasaanku seperti Fatimah terhadap Ali?
Memendam rasa hati
Dan akhirnya dimakbulkan hajatnya?
Mungkin ya
Mungkin juga tidak
Aku takkan kecewa
Kerana aku tahu
Allah sentiasa tahu
Apa yang terbaik buat diriku
13.4.11
7.33 malam
Comments
Post a Comment
Jika saya ada tersilap dalam berbicara, silalah tegur saya ya? Komen anda pemberi semangat kepada saya.