Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Poetry

Matahari 2

Terima kasih Tuhan Doaku dimakbulkan lagi Kerana masih ada ruang buat diriku Menyaksikan senyuman Matahariku Matahariku Sumber inspirasiku Sumber kekuatanku Matahari itu jugalah penyuluh hidupku Sinarnya terang Di kala duniaku gelita Terima kasih aku ucapkan Buatmu, Matahariku Walaupun aku takkan bisa melihat Senyuman kau lagi selepas ini Namun Kau tetap Matahariku Yang sentiasa bersinar Di dalam hati kecilku ini 15.4.2011 3.45 petang

Harapan

Wahai Tuhan Aku inginkan seorang penyelamat Aku mendambakan seorang pembimbing Yang mampu membimbing diriku ke jalan-Mu Wahai Tuhan Aku mengharapkan seorang pelindung Yang bisa melindungi aku Dari dunia yang kejam Aku perlukan teman yang akan sentiasa Tersenyum kepadaku di kala aku sedih Aku mahukan seseorang yang setia bersamaku Berusaha ke syurga-Mu Wahai Tuhan Aku mahu cintaku terhadapnya Hanya kerana-Mu Tapi Layakkah aku meminta semua ini dari-Mu Ya Tuhanku? Sedangkan Aku sendiri tidak pernah sempurna 15.4.2011 4.30 petang

Terima Kasih Tuhan

Ujian hadir tanpa pernah dipinta... Aku terjeda dari larian kilatku... Terjelepuk aku... Mengaduh kesakitan... Butiran mutiara jatuh ke bumi... Namun... Aku bersyukur... kerana Matahariku sentiasa bersinar megah... Menyinari di kala kelamku... Menyuluhku ke jalan keluar... Menarik ku ke jalan benar... Tuhanku Yang Maha Pemurah... Terima kasih kerana Kau kurniakan Matahari itu buatku... Aku berharap dia akan sentiasa menyinari hidupku selamanya. 14.4.2011 7.35 petang

Kerana Aku Tahu

Aku rasa berdosa Tiap kali aku memandangmu Kerana aku tahu Kau takkan pernah aku miliki Akan aku palingkan pandanganku Tiap kali mata kita bertemu Kerana aku tahu Hatiku kan luluh hiba Adakah perasaanku seperti Fatimah terhadap Ali? Memendam rasa hati Dan akhirnya dimakbulkan hajatnya? Mungkin ya Mungkin juga tidak Aku takkan kecewa Kerana aku tahu Allah sentiasa tahu Apa yang terbaik buat diriku 13.4.11 7.33 malam

Matahariku

Kau ibarat matahariku Yang sering memberi cahaya setiap masa Tiap kali aku meraba-raba dalam kegelapan Kau limpahi aku dengan sinarmu Aku ibarat bulan Yang penuh dengan dedebu kotor Bertompok hodoh Namun kau memilih aku Untuk memantulkan cahayamu Supaya aku kelihatan cantik dan bersinar Di sisi alam Sesungguhnya jika cahaya kau malap dan menghilang Aku akan meratapi kehilangannya Kau adalah matahariku Kini dan selamanya Kaulah ibuku Kaulah ayahku Terima kasih buat cahayamu Yang sering menerangi hidup anakmu Terima kasih ibu Terima kasih ayah Aku sayang dan cinta padamu Bulan akan senantiasa  menyayangi mataharinya Nadiah 2.4.2011 8.55 malam

Aku Diuji Lagi

Aku terjeda dengan khabaran itu Hati ini terluka dengan kata-kata dusta Aku tidak bersalah namun mengapa kau mencanang berita palsu itu Kau buat aku begitu jelek di hadapan temanku Harga diriku tercalar angkara bicaramu Namun aku redha dengan semua ini Mungkin ini cubaan daripada-Nya Untuk membuatkan aku lebih tabah Dalam memikul amanah yang diberi oleh Allah Al-Khaliq Dan mungkin juga ujian ini adalah tarbiyah daripada Ar-Rahman Supaya aku lebih berhati-hati selepas ini Dalam menyusun langkahku Dalam menutur bait-bait bicaraku Sememangnya tiada siapa yang boleh aku percayai Melainkan DIA yang Maha Kuasa Nukilan, Nadiah 1.4.2011 4.04 petang

Sahabat

Sahabat, Jika hari ini aku terlalu gembira, sedarkanlah aku dengan amaran2 Allah.. Jika ku bersedih tanpa kata, pujuklah aku dengan tarbiah pencipta.. Jika ku lemah tak berdaya, ingatkanlah aku dengan kehebatan syurga.. Jika antara kita ada tembok yang memisahkan, ajaklah aku meleraikannya.. Jika pernah hatimu terluka, luahkanlah agar aku berubah.. dan... Jika esok ku lena tanpa terjaga, iringilah lenaku dengan kalungan doamu.. berjanjilah sahabat...ukhwah kita untuk selamanya...             -khairunnisa' zunurain- Sajak ini dikarang oleh seorang pelajar saya yang sangat berbakat. Beliau bernama  Syafiatun Hasanah. Seorang pemidato yang saya kira begitu hebat. Saya sendiri tidak mampu berkata-kata seperti beliau. Selamat berjaya saya ucapkan buat Syafiatun dan semua pelajar SMAN.

ا,ب,ت

A is for Allah, nothing but Allah Ba is the beginning of Bismillah Ta is for Taqwa, bewaring of Allah, and Tha is for Thawab, a reward Ja is for Janna, the Garden of Paradise Ha is for Hajj, the blessed pilgrimage Kha is for Khaatem, the seal of the prophethood given to the Prophet, Muhammed (SAW) Da is for Deen, Al-Islam, religion with Allah since time began Dha is for dhikr, remembering Allah And Ra is for the month of Ramadhan, Za is for Zakat to pure our greed, when we give our money to those in need Sa is for Salamu alaikum, peace be with you wa'alaikum assalam Sha is for shams, the shining sun, which Allah placed for everyone And Sua is for salat, for when we pray facing him, everyday, facing him, till we meet our lord Dua is for duha, the morning light, the sun has turned from red to white Tua is for tareeq, the path to walk upon And Dhua is for dhil, a shadow And Aa is for ilm, the thing to know, to make our knowledge grow, in Islam Gha is for ghaib, a wo...

Terima Kasih

Hati ini memang sering berbolak-balik tatkala diri dilanda musibah Sedih, keliru dan air mata menjadi peneman setia Tidak pernah ku pinta untuk menumpahkan butir-butir mutiara ini Aku tetap manusia biasa sering melakukan khilaf dalam hidup ini Namun aku tetap beruntung dengan kurniaan-Nya Mengapa? Kerna aku punyai teman sepertimu Terima kasih teman Kau sering mengingatkan diriku yang senantiasa alpa dan lalai Nukilan, Nadiah 10.3.2011 10.14 malam

Bunga Pujaan

Seharum bunga yang mewangi di taman kau tumbuh mekar antara berjuta walau kecil tak terlihat di mata kewujudanmu tetap terpamer jelas di ruang mata semakin hari bertambah harum kekal disebut sepanjang masa. Oleh: Wan19 @ Kapasitor.net (Wan Mohammad Hidayat)

My Greatest Need is You

Your hope in my heart is the rarest treasure Your Name on my tongue is the sweetest word My choicest hours Are the hours I spend with You  O Allah, I can't live in this world Without remembering You How can I endure the next world Without seeing Your face? I am a stranger in Your country And lonely among Your worshippers This is the substance of my complaint. P/S: Thanks Akhi Yasser for a such beautiful poem.

Selamat Berjuang

Khas buat anak didikku di Sekolah Menengah Agama Nilai,  Duhai anakku Berjuanglah engkau demi Cita-cita murnimu itu Jadikanlah kepahitan Kepayahan dalam hidupmu itu Sebagai pemangkin dalam Menggapai apa yang kau impikan Tapi ingatlah Jadikanlah Allah sebagai pasak Dalam niat dan perjuanganmu Semoga kau berjaya hendaknya Dunia dan juga akhirat Insha Allah Nadiah 11.3.2011 9.00 malam

Permintaan Terakhirku

Hari demi hari Aku hidup hanya menambah dosa Di dalam kitab amalanku Mampukah aku menghapuskan Semua dosa itu sebelum Allah menjemputku? Sempatkah bagiku untuk memohon kemaafan Daripada insan-insan yang pernah aku lukai? Andai kata aku pergi selamanya esok hari Maafkanlah semua dosaku Nukilan, Nadiah 7.3.2011 9.00 malam

Sehelai Daun Itu

Daun..padamu letaknya seribu satu makna pengertian..  Bertunasnya dirimu dari sebiji benih..memberi seribu satu harapan yang baru.. Membawa erti…adanya harapan disebalik kepayahan.. Kelebihanmu membawa seribu nafas yang baru.. Nafas yang diberikan oleh Pencipta untuk hamba-Nya..untuk disyukuri atau dikufuri.. Jiwa yang bertunjangkan akhirat..mensyukuri nikmat nafas yang diberi.. Nafas yang dihirup digunakan menarik jiwa yang lain bertunjangkan akhirat.. Namun,jiwa yang dikaburi hawa semata-mata..mengkufuri nikmat nafas yang diberi.. Bahkan mengajak jiwa yang lain sama terendam dalam kenikmatan yang sementara.. Dirimu terselit seribu makna.. Luruhnya dirimu..bersamamu membawa peringatan yang menyusuk jiwa yang memahami.. Peringatan tiada yang kekal abadi di dunia ini.. Secantik,sehebat,segagah mana pun dirimu diusia muda..bertemu tanah jua akhirnya.. Seelok mana rupa parasmu..berkerut jua akhirnya.. Peringatan Sang Pencipta untuk hamba-Nya yang leka.. Menggamit jiwa...

Aku

Aku tidaklah secantik dan seayu Siti Zulaikha Suara tidak semerdu Rabiatul Adawiyah Aku bukanlah wanita yang diidam-idamkan bak Ainul Mardhiah Bidadari syurga di sana Aku tahu aku tidak sehebat Aisyah Tidak setabah Sumayyah mahu pun seperti Siti Khadijah Walaupun diri ini banyak kekurangan Namun aku percaya Aku mampu menjadi sehebat mereka Kerana Allah mencipta diri ini untuk Menjadi INSAN yang HEBAT!  Hebat di dalam redha-Nya Nukilan, Nadiah 4.3.2011 10.45 malam

Tidur

Setiap malam aku mengenangkan-Mu Di hati mengharapkan Kau akan merahmatiku Mengampuni dosa-dosaku Tidur adalah ibadahku terhadap-Mu Moga-moga bila aku terjaga   Aku akan mjadi manusia baru Dalam meraih magfirah-Mu Nukilan, Nadiah 28/2/2011 11.31 pagi