Skip to main content

Hati Berkata-kata Lagi

Bila aku bersendirian, fikiran mula melayang entah ke mana. Pelbagai perkara dan isu menerjah di setiap ruangan yang ada di kepala ini. Kadang kala aku tertanya-tanya pada diri sendiri. Siapakah aku sebenarnya? Benarkah diri aku ini hipokrit? Salahkah bila aku cuba merubah diri ini? Silapkah keputusan aku bila  ingin berhijrah ke arah kebaikan?  Adakah aku sekadar bermadah kosong apabila jemariku aku menari-nari mencoretkan isi hatiku? Atau kau merasakan aku sekadar menunjuk-nunjuk yang diriku ini baik di mata orang ramai? Adakah penulisan aku berbaur kesombongan atau kehipokritan yang sangat menyakitkan hati kau? Entahlah. Maafkan aku jika perbuatan ini tidak kau senangi. Apa yang aku pasti sekarang ialah aku ikhlas dalam menganjak diri ke suatu paradigma yang baru. Ke dunia yang lebih tenang dan dekat dengan-Nya. Hanya DIA yang tahu niat di hati kecil ini. ‘Ana ikhlas ala af'al haza’. Aku hanya perlukan redha-Nya. Bukan dari kau mahupun sesiapa sahaja. Biarlah kau melemparkan kata-kata nista terhadapku. Aku akan menjadi lebih kuat. Apa yang kau perlu ialah aku hanya seorang hamba-Nya yang cuba mencari cahaya dalam kegelapan. Semoga cahaya itu akan sentiasa menerangi hidupku selama-lamanya. Aku juga berharap kau menjumpai cahaya itu. Amin.

Comments

Post a Comment

Jika saya ada tersilap dalam berbicara, silalah tegur saya ya? Komen anda pemberi semangat kepada saya.

Popular posts from this blog

Sifat Mengikut Bulan Islam

Wallahualam. Hanya Allah S.W.T yang lebih mengetahui akan kekuatan dan kelemahan diri ini.

Lagu Sekolah Menengah Agama Nilai

Lagu SMA Nilai

Choral Speaking (We are One)

We are One WE ARE ONE Excellent! Unbeatable! Unforgettable! Assalamualaikum w.b.t We are from SMRA Nilai The millennium generation of 2010 Present to you ‘We Are One’. Eh.. What is 1 Malaysia? Huh? 1 Malaysia? What is that? Never heard about that! Hey, are you a Malaysian? Aa.. [Laughing] Let me tell you what 1 Malaysia is. Malaysians must stand together, think and act As one people under 1 Malaysia concept. [Ooh..] Did you get it now? Yes! ﺍﻡﻡ... ﻫﻴﺎ ﻧﺗﻛﻟﻢ ﻜﺛﻴﺮﺍ ﻋﻧﻬﺎ ﻤﻮﺍﻔﻖ ﺴﻼﻢ ﺍﺴﺘﻘﺮﺍﺭ ﺍﻧﺴﺟﺎﻢ ﻫﺫﺍ ﻤﺎﻠﻴﺯﻴﺎ! A country that belongs to all Malaysians with a shared history, belief and even a future. U-N-I-T-Y [individual] Unity! Only a five - letter word, yet the foundation of multi - racial Malaysia. A cultural melting pot [si ni kitak tek? Kamek dari sinun] [Wa jiak pah liaw?] A unique heritage of different races [Selamat Hari Raya! Gong Xi Fa Cai! Gayu Guru Gerai Nyamai! Diwali Vartikah] A harmon...