Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Selawat dan salam buat junjungan, Rasulullah S.A.W, keluarganya dan sahabatnya.
Assalamualaikum dan salam ukhwah buat sahabat semua.
Apa khabar semua? Sihat atau tidak? Harap-harap semua sihat la ya. Kebelakangan ini saya gemar menulis mengenai isi hati pemikiran saya. Saya minta maaf jika ada yang tidak senang dengan kewujudan entri-entri saya.
Saya sempat menonton sedikit rancangan Anugerah Bintang Hiburan di TV3. Satu persoalan menerjah dalam benak fikiran saya. Sebenarnya sudah lama saya terfikirkan hal ini. Cuma tidak berani menyuarakan pendapat di blog saya sahaja.
Saya agak tertanya-tanya dengan gaya atau fesyen pemakaian tudung zaman ini. Bukanlah saya ini kolot atau konservatif. Saya juga gemar berfesyen suatu ketika dahulu. Entahlah. Cuba lihat gaya pemakaian tudung atau selendang yang digayakan oleh penyanyi indie yang digemar ramai iaitu Yuna. Penasaran saya dibuatnya. Saya lihat gayanya pemakaian selendangnya umpama ahli sihir atau watak-watak antagonis di dalam drama atau filem-filem luar terutamanya Barat. Saya yang agak jahil dalam ilmu agama ini tertanya-tanya, bolehkah kita memakai tudung seperti itu? Tidakkah ia menyerupai sesebuah kaum? Ada sesiapa yang mampu menjawab soalan saya? Kebelakangan ini terlalu ramai yang mengikut fesyen ini. Tidak kira di mana saya pergi, ada sahaja yang mengayakan fesyen selendang Yuna. Adik saya sendiri terikut-ikut dengan fesyen ini. Sudah ditegur tetapi enggan mendengar.
Satu soalan buat diri saya dan kepada sesiapa yang membaca. Kenapa ya fesyen ini boleh popular? Mungkinkah terikut-ikut dengan artis yang gemar memakai tudung sperti ini? Atau mungkin nampak stylo?
Saya yakin ramai akan mengatakan saya ini ketinggalan zaman atau kolot. Entahlah. Ini pendapat saya sahaja. Saya kira saya ada hak untuk menyuarakan pendapat saya.
Saya juga terfikir betapa beratnya dosa yang ditanggung bagi orang yang memulakan sesuatu yang gaya atau lebih senang saya katakan trendsetter bagi sesuatu seperti pakaian, tudung dan sebagainya. Sudahlah diri sendiri membuat kesilapan, ada pula yang mengikut kesilapan yang sama. Ya Allah, gerunnya saya bila terfikirkan perkara ini. Sudah banyak contoh yang boleh kita lihat di Malaysia. Minta-mintalah saya dilindung oleh Allah Maha Besar daripada terpengaruh atau saya sendiri yang memulakan sesuatu yang tidak elok.
Saya meminta kepada anda semua yang membaca entri ini janganlah memandang serong kepada saya. Saya hanya manusia biasa. Mungkin ada yang mengatakan saya ini berpura-pura baik sahaja dengan membicarakan isu ini. Tidak pernah terlintas di fikiran saya untuk berpura-pura dan menipu anda. Bukankah berpura-pura itu sifat orang munafik? Nauzhubillahi min zalik. Saya berlindung dengan nama Allah S.W.T supaya tidak mempunyai sifat munafik itu dan semoga Allah mengampunkan saya jik saya terbuat juga sifat keji itu.
Saya pasti anda semua sudah acap kali melihat gambar pemakaian Muslimah yang sempurna menutup aurat seperti di atas. Saya terkesima sebentar semasa membaca satu penerangan mengenai pemakaian kasut tinggi. Aduh. Saya pernah memakai kasut yang bila berjalan, ia akan menghasilkan bunyi. Mujur kasut saya itu sudah rosak dan tidak sempat untuk saya membaikinya. Bertambahlah lagi koleksi dosa saya. Sungguh jahil diri ini.
Izinkan saya bercerita mengenai suatu pengalaman yang saya alami pada dua minggu lepas. Maaf ya jika anda mula berasa loya atau menyampah. Saya sekadar berkongsi rasa di hati ini.
Ceritanya bermula begini. Pada Sabtu 26 Mac 2011, saya bertugas sebagai warden di asrama puteri. Kebetulan pula tiada seorang pun warden pada hari itu. Selepas aktiviti mengajar kelas tambahan dan mengemas bilik warden (Terima kasih buat Atiq, Azfar dan Muhammad kerana sudi membantu Teacher ya. Semoga Allah membalas jasa kalian), saya duduk berehat di asrama bersama-sama pelajar saya. Terima kasih juga buat Fadhilla kerana membenarkan saya menumpang rehat di katilnya. Maklumlah bilik saya tidak siap dikemas lagi masa itu.
Tika saya sedang asyik berbaring di atas katil yang saya kira memang lenalah kalau tidur di atasnya, mata saya yang rabun jauh ini terarah ke sehelai tudung labuh hitam kepunyaan pelajar saya yang comel; Idzreen. Otak saya lantas teringat kepada mimpi saya di mana saya membeli dan memakai tudung labuh berwarna putih. Seperti biasa. Akal saya bekerja keras lagi memikirkan mengenai mimpi dan tudung labuh yang berada di hadapan saya. Apalah gunanya ada akal jika tidak digunakan untuk berfikir bukan? Berfikirlah mengenai kebaikan dan bukan kemungkaran. Saya ingin kaitkan dengan Kalamullah tetapi saya tidak mampu lantaran kecetekan ilmu saya.
Semasa saya menyarungkan tudung labuh itu, ada suatu perasaan yang sukar saya gambarkan. Saya berasa tenang dan selamat apabila memakai tudung seperti itu. Secure and safe. There’s a warm feeling inside myself. Entahlah. Saya terasa sukar untuk menggambarkan perasaan itu dalam bentuk kata-kata. Hanya diri saya dan Allah mengerti perasaan saya masa itu. Barulah saya faham perasaan Muslimah yang memakai tudung labuh. Benar juga bicara seorang penulis yang saya baca di iluvislam.com mengenai kelebihan memakai tudung labuh.
Para pelajar saya yang berada ketika itu sedikit teruja melihat saya. Mereka katakan saya nampak manis dan saya kelihatan seperti seorang pelajar. Segan juga saya bila mereka memberi komen. Saya ada mengambil beberapa keping gambar sebagai kenangan saya bersama pelajar saya.
Adik lelaki saya berkata kepada saya begini setelah saya menunjukkan gambar saya dengan imej itu. ‘Waa..kau nampak macam budak-budak.’ Beberapa sahabat saya pun menyuarakan pendapat mereka. Rata-rata menyokong jika saya meneruskan dengan imej itu. Tidak kurang juga ada yang cuba melemahkan semangat saya.
Sebelum saya mendapat mimpi itu, saya memang sudah berhasrat untuk bertudung labuh tetapi hanya menunggu masa yang sesuai. Saya takut jika saya berubah ini semata-mata kerana nafsu bukan kerana saya yang menginginkannya. Seorang sahabat saya juga menasihati saya supaya berubahlah sedikit demi sedikit. Itu lebih baik jika berubah secara drastik. Benar juga kata-katanya itu. Insha Allah, saya akan ke arah itu suatu hari nanti. Saya juga mesti memantapkan iman, sahsiah dan akhlak saya sebelum memakai tudung labuh. Barulah seiring dengan imej Muslimah sejati. Betulkan saya jika saya silap.
Doakan saya wahai sahabatku semua.
Wassalam.
salam 'alaik..
ReplyDeletepada pandangan ana, jangan lambatkan niat yg baik, kerana kita tidak tahu bila ajal kita. dalam memakai tudung labuh itu, iringilah dengan memantapkan iman, membaiki sahsiah dan akhlak. selamat beramal... wallahu'alam. maaf andai menyinggung enti..
wasalam saudara tinta mujahid,
ReplyDeletesaya faham kata-kata saudara. saya juga ada baca artikel oleh hilal asyraf di langitilahi.com mengenai bhijrah ke suatu yg baik..
insha allah..terima kasih atas nasihat yg diberikan
sama-sama,
ReplyDeletesemoga dengan Rahmat dan Kasih Sayang-Nya, dapat enti kuat dan tabah serta sabar diiringi istiqomah dalam melakukan segala kebaikan. dan tidak terlepas juga ana yang mudahnya lemah pd ujian. sekiranya ade yg tersinggung ana mohon kemaafan.
jagalah mutiaramu, jagalah ia lebih dari engkau menjaga dirimu...
tak mengapa..sedikit pun tidak terasa hati malah gembira ada sahabat seperti saudara..Insha Allah saya akan mula bgerak ke hadapan..ke arah cahaya-Nya.
ReplyDeletesaya doakan saudara juga...smoga tabah mhadapi cabaran :)
pernah mendengar satu tazkirah "sewaktu hati terasa tinggi imannya lantas lakukanlah amaln kebaikan tanpa bertangguh takut suatu hari nanti tika iman itu direndahkan tidak sempat berbuat kebaikan lantas kembali pada jahiliyah"
ReplyDeletesalam pelayar ilmu..insha allah..saya gusar juga kalau tiba-tiba hilang keinginan utk berubah..iman pula sentiasa on off...insha allah..saya akan lakukan sekarang :) doakan saya ya
ReplyDeleteteringin untuk berubah menjadi lebih baik...
ReplyDeletesalam saudara/i DiriKu,
ReplyDeleteinsha Allah jika ada keinginan untuk berubah disertakan dgn dia,pasti Allah bantu kita :)
cuba search youtube, ustaz don daniyal tentang pemakaian tudung, saya tak ingat tajuk video.
ReplyDelete