Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2011

Matahari 2

Terima kasih Tuhan Doaku dimakbulkan lagi Kerana masih ada ruang buat diriku Menyaksikan senyuman Matahariku Matahariku Sumber inspirasiku Sumber kekuatanku Matahari itu jugalah penyuluh hidupku Sinarnya terang Di kala duniaku gelita Terima kasih aku ucapkan Buatmu, Matahariku Walaupun aku takkan bisa melihat Senyuman kau lagi selepas ini Namun Kau tetap Matahariku Yang sentiasa bersinar Di dalam hati kecilku ini 15.4.2011 3.45 petang

Harapan

Wahai Tuhan Aku inginkan seorang penyelamat Aku mendambakan seorang pembimbing Yang mampu membimbing diriku ke jalan-Mu Wahai Tuhan Aku mengharapkan seorang pelindung Yang bisa melindungi aku Dari dunia yang kejam Aku perlukan teman yang akan sentiasa Tersenyum kepadaku di kala aku sedih Aku mahukan seseorang yang setia bersamaku Berusaha ke syurga-Mu Wahai Tuhan Aku mahu cintaku terhadapnya Hanya kerana-Mu Tapi Layakkah aku meminta semua ini dari-Mu Ya Tuhanku? Sedangkan Aku sendiri tidak pernah sempurna 15.4.2011 4.30 petang

Terima Kasih Tuhan

Ujian hadir tanpa pernah dipinta... Aku terjeda dari larian kilatku... Terjelepuk aku... Mengaduh kesakitan... Butiran mutiara jatuh ke bumi... Namun... Aku bersyukur... kerana Matahariku sentiasa bersinar megah... Menyinari di kala kelamku... Menyuluhku ke jalan keluar... Menarik ku ke jalan benar... Tuhanku Yang Maha Pemurah... Terima kasih kerana Kau kurniakan Matahari itu buatku... Aku berharap dia akan sentiasa menyinari hidupku selamanya. 14.4.2011 7.35 petang

Kerana Aku Tahu

Aku rasa berdosa Tiap kali aku memandangmu Kerana aku tahu Kau takkan pernah aku miliki Akan aku palingkan pandanganku Tiap kali mata kita bertemu Kerana aku tahu Hatiku kan luluh hiba Adakah perasaanku seperti Fatimah terhadap Ali? Memendam rasa hati Dan akhirnya dimakbulkan hajatnya? Mungkin ya Mungkin juga tidak Aku takkan kecewa Kerana aku tahu Allah sentiasa tahu Apa yang terbaik buat diriku 13.4.11 7.33 malam

10 Ciri-Ciri Wanita Solehah

Gadis yang taat beribadah. Gadis paling cantik dan menawan. Walaupun tak jelita tapi raut wajahnya tenang dan manis. Pada wajahnya tiada kejahatan. Hatinya bersih menyebabkan cahaya keimanan memancar-mancar di mukanya. Bersih fizikalnya kerana sentiasa menjaga kebersihan dirinya. Emosi wanita solehah ialah perasaan kasih-sayang dan cinta yang dipendamkan istimewa untuk suaminya yang telah ditakdirkan hidup bersamanya. Mental wanita solehah penuh dengan perkara positif. Menganggap hidup sebagai satu nikmat yang terbesar yang membolehkan dia beribadah dengan tenang dan tulus kerana Allah S.W.T. Bertudung untuk menutup bentuk dadanya dan pakaiannya ialah baju kurung atau baju labuh yang longgar untuk tidak menampakkan susuk tubuhnya. Apabila berjalan ke luar rumah, dia sentiasa bertemankan muhrimnya. Berjalan tidak berlenggok atau hendak menunjuk-nunjuk. Sumber: Akhbar iluvislam (Edisi 8-14 April 2011)

Aku Ingin Berubah

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Selawat dan salam buat junjungan, Rasulullah S.A.W, keluarganya dan sahabatnya. Berubahkah aku hanya bila ada sesuatu Terus aku pulang pada sikap sebelum ku berubah Hanya sekedar sesuatu tak berapa lama pun itu Jarang kuterendap dalam sikap dimana ku berubah Tuhan aku hanya manusia   Mudah berubah lagi dalam sekejap Tuhan aku ingin berubah Dan ku bertahan dalam perubahanku **  Ya Allah, aku benar-benar ingin berubah. Bantulah aku dalam proses perubahan ini. Aku pasti aku tetap akan melakukan perbuatan khilaf dalam hidup ini. Aku mohon kau sedarkan aku. Jangan kau pesongkan aku ke jalan neraka-Mu. Tetapi bimbinglah aku ke jalan Syurga-Mu. Aku mohon kau kurniakan kekuatan dalam hidupku ini. Amin.

Hijrah Diri

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Selawat dan salam buat junjungan, Rasulullah S.A.W, keluarganya dan sahabatnya. Assalamualaikum, pembuka bicara kali ini. Benar kata orang. Bila kita cuba berhijrah ke sesuatu yang baik, pasti ada halangan yang harus ditempuhi. Perjalanan hidup semakin berliku-liku. Cabaran pula datang bagaikan tiada henti. Kenapa mesti ada perasangka buruk terhadap seseorang yang kuat berusaha ke arah menggapai redha-Nya? Bukankah redha Allah lebih bermakna dan manis dari redha manusia? Sukarkah untuk kita menyokong niat murni seseorang itu? Hmm. Entahlah. Saya tertanya-tanya mengapa perkara ini sering berlaku terutama sekali dalam masyarakat kita. Bila kita berpakaian menutup aurat sempurna dikatakan seperti ustazah, berlagak alim dan sebagainya. Ada juga yang tidak yakin dengan perubahan tersebut. Mulalah mengeluarkan kata-kata sumbang seperti: “Aku nak tengok bape lama dia boleh tahan berlagak alim tu.” “Ala... over je dia tu. Perangai tah...

Khilaf Lagi

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Selawat dan salam buat junjungan, Rasulullah S.A.W, keluarganya dan sahabatnya. Assalamualaikum. Wah. Hari ini saya telah mendapat antara tarbiyah yang terbaik sekali dalam hidup. Baru sahaja berazam hendak berubah ke arah kebaikan, saya pula terbuat dosa lagi. Terbuat? Bolehkah terbuat dosa? Bukankah diri yang ingin melakukan dosa itu? Aduh. Manalah akal fikiran saya ketika itu. Spontan sahaja saya melakukan perbuatan khilaf itu tadi. Astaghfirulah al-azim. Rasa macam hendak menangis sahaja tadi. Entahlah. Mungkin saya terlalu gembira sehingga terlupa batasan pergaulan dalam Islam. Itulah. Terlalu mengikut perasaan dan iman pula tidak teguh. Saya masih lagi dalam keadaan terkejut dan tergamam dengan kelakuan saya. Adakah Allah S.W.T akan mengampunkan dosa saya itu? 

Today is an English Day!

In the name of Allah, the Most Graceful and the Most Almighty. Assalamualaikum. All praise is for Allah, the Exalted. May Allah's peace and blessings be upon on Prophet Muhammad, his family and his Companions. May Allah guide us to the Straight Path, save us from the Hellfire and admit us by His mercy into Paradise. Alhamdulillah. I am so grateful to Allah S.W.T for giving me a chance to breath in His world and let me continue my life in pursuing His light and Jannah. Today is an English Language Day in my school. I was nervous at first because this is my first time writing a script for my student to conduct the assembly in English. I was late today! The assembly starts at 7.20 a.m every Thursday and yet, I arrived at 7.15 a.m. So, I have a little time to prepare my student who is supposed to be a MC before the assembly start. But, I still feel proud with Al-Alim’s perfomance today. I will improve the script and the flow for the English assembly after this. Oh yes, time manage...

Jangan Alirkan Air Matamu, Sayang

Kala langit malam mula memekatkan warnanya, si bulan menerangi alam ini... Kau terduduk... Termangu-magu di hadapan komputer ribamu itu... Senyuman yang terlakar... Hilang begitu saja... Air mata mengambil alih takhta sang senyum dan tawa... Kini baru kau sedar... Butiran mutiara yang terhasil dari mata ini bagaikan peneman setia... Hanya dialah yang setia menemani kau... Tak kira bila masa... Wahai intan... Mengapa kau mesti bersedih lagi? Bukankah kau sudah berjanji tidak akan melayan perasaan itu lagi? Kenapa ya? Sudahlah... Cukuplah... Jangan kau layan perasaan itu... Ingatlah kata-kata ini... Biarlah orang merendah-rendahkan kau... Biarlah mereka membuli dan menghina kau... Jangan pernah kau kisah kata-kata nista mereka... Kerana... Mereka tidak mengenalimu... Mereka tidak akan pernah cuba memahami dirimu... Hanya Yang Maha Esa bisa memahami dirimu lebih dari apa yang engkau tahu... Bersabarlah... Tabahkan hati... Sesungguhnya air mata taubat itu lebih bermakna dari tangisan ...

Diri Ini Lemah

Aku termenung di kala sang mentari mula melabuhkan tirainya... Pandanganku terpaku melihat sekawan burung berterbangan di langit nan merah... Mereka berterbangan riang biar pun letih... Seharian mereka mencari rezeki kurniaan dari-Nya... Tidak pernah ada perkataan ‘jemu’ dalam kamus hidup mereka... Aku tertanya-tanya... Tidak penatkah mereka? Jemu? Hmm... Jauh sama sekali aku kira... Aku pula bagaimana? Entahlah... Aku sendiri tidak pasti apa jawapannya... Apa yang telah menimpa diri ini? Aku seperti kehilangan sesuatu... Sesuatu yang penting dalam   menyalakan api semangatku... Api yang membara mulai malap... Kerna kehilangannya itu... Ah... Aku khuatir... Aku bingung... Aku merintih dan merintih... Apa yang telah aku cicirkan dalam hidup ini? Kini... Aku bagaikan tidak bersemangat lagi... Inspirasi hidupku kian memudarkan warnanya... Hidup tidak menentu... Emosi tersentuh... Diri bak tisu... Bila-bila masa saja akan terkoyak... Terdetik juga fikiran jahiliyah di benak fikiranku...

Kewajipan Menutup Aurat

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Selawat dan salam buat junjungan, Rasulullah S.A.W, keluarganya dan sahabatnya. Assalamualaikum, salam sejahtera dan salam ukhwah buat sahabat semua. Alhamdulillah. Kita panjatkan kesyukuran kita terhadap Allah S.W.T di atas segala nikmat yang diberikan kepada kita semua. Suka saya di sini untuk berkongsikan satu artikel yang saya peroleh di sebuah masjid berdekatan dengan Stadium Paroi. Artikel berbentuk tazkirah ini bertajuk ‘Kewajipan Menutup Aurat’. Moga-moga artikel yang saya kongsikan kali ini mampu memberikan kita satu peringatan dan kesedaran dalam menutup aurat. Insha Allah. ‘Dunia Ini Adalah Perhiasan Dan Sebaik-baik Perhiasan Adalah Wanita Solehah’        “Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan (aurat) mereka; dan hendaklah mereka menutup kain tudung ke dada dengan tudung kepal...

Secebis Ruang Kehidupan Dari-Nya

Tersentak dari buaian mimpi-mimpi indah, engkau bangkit dari tidurmu, berjalan untuk menyingkap jendelamu, cahaya yang biasa engkau temui menyapa mukamu. Oh, sudah pagi rupanya. Engkau mencapai tuala dan bergegas untuk membersihkan dirimu. Bagaikan tiada apa-apa bagimu. Engkau meneruskan kehidupanmu seharian,dari pagi sampai ke petang,dari petang sampai ke malam. Adakah bagi engkau segala yang engkau lihat selama ini hujah nenek moyang yang mengatakan sudah menjadi biasa matahari itu terbit dari timur dan tenggelam di barat? Dari pagi bertukar petang? Dari petang bertukar malam? Adakah setiap hembusan nafas itu engkau hargai? Jika itulah tanggapan engkau selama ini, sebenarnya engkau silap. Cahaya yang engkau selalu menyapamu pasti akan membakarmu suatu hari nanti. Engkau akan lihat cahaya yang selama ini terbit dari timur akan terbit dari barat. Ia adalah petanda berakhirnya amalan manusia. Adakah engkau sedari akan perkara ini akan berlaku? Apakah persediaan yang engkau lakukan? Apak...

Rindu Muhammadku

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Selawat dan salam buat junjungan, Rasulullah S.A.W, keluarganya dan sahabatnya. Assalamualaikum, pembuka kata. Alhamdulilah. Syukur ke hadrat-Nya kerana kita masih berpeluang menikmati nikmat kurnia-Nya yang tidak pernah putus-putus.  Pertama sekali izinkan saya berkongsi sebuah lagu yang pada saya sangat menarik untuk halwa telinga kita. Sekaligus mendidik jiwa kita supaya sentiasa merindui Nabi junjungan yang tercinta, Rasulullah S.A.W.  Kali pertama saya mendengar lagu ini ialah di Rancangan Akhir Akademi Al-Quran 5. Saya terus terpikat dengan susunan dan gubahan lagu ini. Sangat bersahaja dan catchy lirik dan muziknya. Ditambah pula dengan kehadiran suara si cilik yang sangat memikat hati. Itu pendapat saya. Bagaimana pula dengan anda? Saya menaruh harapan untuk bertemu dengan Rasulullah S.A.W di syurga nanti dan mendapat syafaat daripadanya. Tetapi saya mestilah sentiasa mengucap selawat kepada Nabi Muham...

Cerita Hatiku: Bertudung Tapi ... Entahlah...

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Selawat dan salam buat junjungan, Rasulullah S.A.W, keluarganya dan sahabatnya. Assalamualaikum dan salam ukhwah buat sahabat semua. Apa khabar semua? Sihat atau tidak? Harap-harap semua sihat la ya. Kebelakangan ini saya gemar menulis mengenai isi hati pemikiran saya. Saya minta maaf jika ada yang tidak senang dengan kewujudan entri-entri saya. Saya sempat menonton sedikit rancangan Anugerah Bintang Hiburan di TV3. Satu persoalan menerjah dalam benak fikiran saya. Sebenarnya sudah lama saya terfikirkan hal ini. Cuma tidak berani menyuarakan pendapat di blog saya sahaja. Saya agak tertanya-tanya dengan gaya atau fesyen pemakaian tudung zaman ini. Bukanlah saya ini kolot atau konservatif. Saya juga gemar berfesyen suatu ketika dahulu. Entahlah. Cuba lihat gaya pemakaian tudung atau selendang yang digayakan oleh penyanyi indie yang digemar ramai iaitu Yuna. Penasaran saya dibuatnya. Saya lihat gayanya pemakaian selendangnya ump...

A Letter From Shaaitan

Source: iluvislam.com "Shaitan means devil" Dear, Fool. I saw you yesterday as you began your daily chores. You awoke without stopping to pray. As a matter of fact, you didn't even bless your meals, or pray before going to bed last night. You are so unthankful, I like that about you. I cannot tell you how glad I am that you have not changed your way of living, Fool, you are mine. Remember, you and I have been going steady for years, and I still don't love you yet. As a matter of fact, I hate you, because I hate God. I am only using you to get even with God. He kicked me out of heaven, and I'm going to use you as long as possible to pay him back. You see, Fool, GOD LOVES YOU and HE has great plans in store for you. But you have yielded your life to me and I'm going to make your life a living hell. That way we'll be together twice. This will really hurt God. Thanks to you. I'm really showing Him who's boss in your life. With all of the good times we...

Matahari

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Selawat dan salam buat junjungan, Rasulullah S.A.W, keluarganya dan sahabatnya. Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua. Alhamdulillah. Saya masih bernafas lagi ketika menulis entri ini. Allah Maha Besar kerana masih menghidupkan saya selepas mati beberapa jam. Semoga hari ini lebih baik dari semalam. Insha Allah. Dalam entri yang lepas, saya ada menyebut bahawa saya ingin menjadi seperti matahari. Alhamdulillah kerana saya berkesempatan untuk berkongsi rasa saya kali ini dengan sesiapa yang sudi membaca entri di dalam blog saya. Terima kasih daun keladi. Lain kali baca lagi ya. “Matahari. Jadilah sepertinya. Sinar cahaya kepada semua. Sumber tenaga segala. Paksi untuk semesta. Sinarnya sampai walau dalam gelita.” -Hilal Asyraf- Terkesan saya dengan setiap tutur bicara oleh Hilal Asyraf. Madah ini saya petik dari buku saudara Hilal Asyraf yang bertajuk ‘Matahari’. ‘Matahari adalah kompilasi cerpen-cerpen tarbiyah yang bagi...