Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Selawat dan salam buat junjungan, Rasulullah S.A.W dan keluarganya.
Assalamualaikum W.B.T, pembuka wadah bicara.
Alhamdulillah. Syukur ke hadrat Ilahi kerana Dia masih memberi ruang pada diri ini untuk meneruskan sisa-sisa hidup dalam mencari cahaya-Nya dan Jannah yang menjadi idaman setiap Muslim. Apa khabar anda semua? Mudah-mudahan baik sahaja hendaknya.
Izinkan saya untuk membicarakan topik mengenai cinta kali ini. Cinta. Apa itu cinta? Jika saya ajukan soalan ini kepada anda semua, saya pasti bermacam jawapan yang akan saya perolehi. Pelbagai definisi cinta yang mungkin akan saya dengar daripada anda semua. Suka untuk saya berkongsi dengan anda semua beberapa definisi yang saya dapati dari buku yang sedang saya baca iaitu ‘Seni Bercinta & Memikat Lelaki’.
(Kredit kepada Cikgu Faizal. Terima kasih)
Beberapa petikan daripada buku tersebut;
Sultan Ma’mun bertanyakan kepada Abdullah bin Thahir Za ar Riyasatain tentang apa itu cinta? Beliau menjawab: “Wahai Amirul Mukminin! Jika perhiasan diri yang bercerai-berai telah dicemari dengan berbagai-bagai maca masalah, lalu dari dalamnya muncul cahaya yang menerangi relung-relung tubuh, sehingga dengan pancarannya karakter hidup bergerak, lalu dari situ tergambar susuk yang hadir dalam diri dengan segala kekhuatirannya, maka itulah cinta.”
Satu lagi definisi mengenai cinta yang diberikan oleh Hammad Ar-Riwayah. Beliau menjawab: “Cinta itu akarnya fikiran, batangnya zikir, rantingnya bangun malam, daunnya sakit dan buahnya angan-angan.”
Menurut Muaz bin Sahal: “Cinta itu binatang yang paling sulit ditunggangi, minuman yang paling memabukkan, amat berbahaya jika dilempar, paling indah daripada semua kesenangan, paling melaparkan perut dan paling diinginkan.”
Abu Muhammad bin Hazim dalam kitab Thawq Al-Hamamah menyatakan: “Cinta itu awalnya kegundahan dan akhirnya kesempitan. Kerana keagungannya, maknanya amat dalam untuk dibayangkan. Hakikatnya tidak akan dapat diketahui, kecuali dengan kerja keras. Ia tidak diingkari oleh agama dan tidak pula dikhuatirkan dalam syariah kerana Allah yang mengatur hati.”
Saya ada berdiskusi bersama beberapa rakan di Facebook mengenai ‘Apa itu Cinta?’. Terima kasih buat mereka semua kerana sudi melayan pertanyaan saya.
Siapa tidak suka berbicara mengenai cinta. Lihat sahaja pada remaja kita pada hari ini. Selalunya topik perbualan mereka berkisarkan cinta. Bukan mahu menuduh sesiapa tetapi saya sendiri mendengarnya tatkala saya menjadi warden selama sehari di sekolah saya. Ketika itu para pelajar puteri sedang asyik berceritakan mengenai seorang pelajar lelaki yang mereka minati. Barangkali mereka terlupa kewujudan saya di bilik sebelah. Laju sahaja kepala saya menggeleng pada masa itu. Saya tidak menyalahkan mereka.
Satu lagi pengalaman yang agak menarik untuk saya kongsikan di sini. Ianya berlaku pada tahun pertama saya menjadi seorang guru. Para pelajar saya menjadi begitu teruja tatkala saya membuat satu aktiviti di mana mereka hendaklah menyambung ayat pertama saya dan menjadikan suatu cerita. Agak memeranjatkan kerana cerita mereka berkisarkan cinta. Saya hanya mampu tersenyum dan ketawa kecil ketika itu. Hati kecil saya berkata, ‘Aik..kecik-kecik lagi dah pandai buat cerita cintan-cintun.’
Normal bagi saya jika remaja pada usia begini bercerita mengenai hal ini. Budak-budak la katakan. Terimbau pula saya pada kenangan lalu ketika saya seusia mereka. Saya juga gemar bercerita mengenai pakwe, secret admire dan sebagainya bersama teman karib saya. Agak nakal juga saya pada masa itu.
Sebagaimana yang kita ketahui, remaja suka mengekperimentasikan sesuatu yang baru bagi diri mereka. Pada pendapat saya, mungkin ini adalah salah satu faktor mengapa terjadinya kes pembuangan bayi yang melibatkan remaja kita. Sudah terjebak dengan godaan syaitan, nafsu diturutkan. Nauzhubillahi min zalik. Moga-moga Allah S.W.T melindungi remaja Islam daripada melakukan perbuatan mungkar ini. Merekalah tunjang dan harapan bangsa Islam kelak. Ingatan ini saya tujukan juga bagi diri saya yang sering terleka dengan godaan duniawi.
Berbalik kepada topik ‘Apa itu Cinta?’. Sudah menjadi fitrah manusia yang ingin rasa disayangi dan dicintai oleh seseorang. Cinta merupakan keperluan asas kepada setiap manusia. Bersesuaian dengan firman Allah S.W.T di dalam surah Al-Hujurat, ayat 13 yang bermaksud,
"Wahai umat manusia, sesungguhnya kami meciptakan kamu daripada lelaki dan perempuan, dan kami menjadikan kamu daripada berbagai-bagai bangsa dan bersuku puak supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu sama lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah adalah orang yang lebih takwanya antara kamu, (bukan yang lebih berketurunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah maha mengetahui lagi mendalam pengetahuannya (tentang keadaan dan amalan kamu)."
Ada yang mengatakan cinta itu haram. Benarkah dakwaan itu? Bukankah cinta iu anugerah daripada Allah S.W.T? Adakah kita menidakkan apa yang dikurniakan oleh-Nya? Saya memetik kata-kata sahabat saya, Afiq Huri:
“Cinta itu tidak haram, ia merupakan keperluan hati bagi setiap manusia. Ini kerana Islam itu hadir tidak mengharamkan fitrah namun mengajar bagaimana kita mengawalnya. Cinta itu hadir dengan sendirinya dan akan datang tanpa diduga. Cinta itu akan bertambah cantik andai meletakkan cinta kepada Maha Pencipta pada tempat yang pertama.”
Saya amat bersetuju dengan bicara saudara Afiq Huri. Kita seharusnya tahu dan sedar di mana kita patut meletakkan rasa cinta dan kepada siapa yang berhak menerima cinta kita itu.
Saya mengambil kata-kata daripada seorang blogger yang saya tidak pasti namanya:
“Islam mengajarkan bahawa seluruh kuasa cinta manusia harus dipupuk menuju pada Allah Yang Maha Pencipta, sehingga cinta kepada-Nya jauh melebihi cinta pada sesama makhluk. Justeru, cinta pada sesama makhluk dicurahkan semata-mata kerana mencintai-Nya. Asasnya adalah firman Allah SWT, “Dan di antara manusia ada orang-orang yang mengambil selain Allah untuk dicintainya; mereka mencintainya sebagaimana mereka mencintai Allah. Sedangkan orang-orang yang beriman amat dalam(taat) cintanya kepada Allah”. (surah al-Baqarah : Ayat 165).”
Ada pelbagai jenis cinta. Ibn Hazim dalam Thawaq Al-Hamamah menyatakan: Cinta itu ada beberapa jenis. Yang paling utama ialah cinta dua orang hamba kerana Allah, kemudian cinta kerabat, cinta kerana kelembutan dan turut serta dalam mencari sesuatu, cinta kerana persahabatan dan kenalan, cinta akan kebaikan yang dilakukan seseorang kepada saudaranya, cinta kerana rakus akan pujian orang yang dicintai, cinta dua anak manusia yang menyatu kerana adanya sebuah rahsia yang harus mereka rahsiakan, cinta kerana dipenuhinya sebuah keinginan dan cinta yang tumbuh daripada penyatuan jiwa.
Sesungguhnya Islam itu indah. Islam mengajar manusia tentang pengurusan cinta, iaitu bagaimana manusia seharusnya menyusun skala prioriti cintanya. Urutan tertinggi perasaan cinta adalah kepada Allah SWT, kemudian kepada Rasul-Nya . Cinta pada sesama makhluk diuruskan sesuai dengan firman-Nya iaitu kedua orang ibu-bapa, kaum kerabat , anak-anak yatim, orang-orang miskin, jiran tetangga yang dekat dan jiran tetangga yang jauh, rakan sekerja, ibnu sabil (musafir di jalan Allah) dan hamba sahaya. Sedangkan harta, tempat tinggal, dan kekuasaan mendapat posisi untuk dicintai pada tempat yang lebih rendah. Maha Suci Allah, Allah Maha Hebat!
(Dipetik daripada http://sinar.cikedis.com/kuasa-cinta)
Konklusinya ialah cinta ini sangat meluas. Cinta boleh memberi rasa senang, kebahagiaan, gundah, kekacauan dan sebagainya. Saya meminjam kata-kata daripada Cahaya Kehidupan:
Andai suatu ketika kita ditakdirkan jatuh cinta kepada seseorang, ingatlah pesan ini: “Cinta yang agung adalah pada Allah S.W.T. Berpada-padalah dalam meletakkan cinta kita kepada sesorang itu kerana cinta yang berteraskan hawa nafsu hanya mengundang bencana dalam hidup. Jagalah hati, mata, telinga, mulut dan anggota badan kita daripada melakukan zina. Beruntunglah jika kau memiliki cinta dua hamba kerana Allah.”
Ibnu Qayyim al-Jauziah menyatakan:
“Seseorang tidak akan memiliki kebaikan, meraih kemenangan, merasakan kenikmatan dan kesenangan hakiki kecuali mengesakan cintanya kepada Allah SWT semata, dan Allah lebih dicintainya daripada yang lainnya.”
Wallahualam.
Aduh..saya buat lagi perangai saya. Suka sangat menulis sesuatu yang tidak tersusun dan merapu-rapu. Bicara kali ini tidak begitu tersusun dan hujahnya tidak begitu kuat bagi saya. Ampunkan saya di atas kelemahan ini ya?
Jika anda ada pendapat yang bernas mengenai topik ini, jangan berasa segan silu untuk memberi pendapat anda. Mungkin pendapat anda mampu memberi kesan yang mendalam kepada orang lain.
Akhir kata, shukran jazilan kerana sudi membaca entri yang penuh dengan kekurangan ini. Andai ada tersalah fakta atau dalam saya menyusun bait-bait kata, minta tegur dan tunjuk ajar.
Wasalam.
Blog/Buku yang saya baca sebelum menulis entri ini:
Seni Bercinta & Memikat Lelaki olehKhalid Al-Sayyid Abdul Al-‘Al
Cinta itu luas ~~ :)
ReplyDeletecinta,,,?? love,, ?? love is friendship,,,ya,
ReplyDeleteMencintai,,Dicintai,,fitrah manusia ,,setiap insan di dunia akan merasakannya,,,indah ceria kadang merana itulah rasa cinta,,
Berlindunglah pada Allah dari cinta palsu ,melalaikan manusia hingga berpaling dariNya.
Menipu daya dan melenakan,,,sadarilah wahai kawan,,Cinta adalah karuniaNya bila dijaga dengan sempurna,,resah menimpa gundah menjelma jika cinta tak dipelihara.
Cinta pada Allah,cinta yang hakiki dan sejati,,bersihkan diri gapailah cinta,,,Cinta Ilahi,
MY create love is friendship""""
ReplyDeleteSedari dulu hati inipun merindu akan ketenangan jiwa,ketentraman hidup,Dimana lagi aku temukan arti sebuah hidup,,kemana lagi kudapati "cinta yang Hakiki" ternyata datangnya sinaran seiring kesungguhan mencari jalan kebenaran,jalan keridhoan,,Akan selalu kusyukuri nikmat yang diberi petunjuk hidayah suci Ilahi rabbi,""Dan nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan""
ReplyDelete(hidayah suci the fikr,,apep ferry)
Saya petik kata2 dari filem Syurga Cinta
ReplyDelete1. Cinta krn syaitan-Cinta yg menjeremus ke lembah zina.
2. Cinta krn jin-Cinta yg mgunakn kuasa sihir dn sbgnya untk memikat kekasihnya.
3. Cinta krn Allah-Cinta yg dr mata jatuh ke hati, adalah yg tindah skali.
Oleh itu, cintalah krn Allah