Skip to main content

Ya Allah, Perasaan itu Datang Lagi

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Selawat dan salam buat junjungan, Rasulullah S.A.W dan keluarganya.

Assalamualaikum W.B.T dan selamat pagi saya ucapkan buat anda semua.

Alhamdulillah. Syukur ke hadrat Ilahi kerana Dia masih memberi ruang pada diri ini untuk meneruskan sisa-sisa hidup dalam mencari cahaya-Nya dan Jannah yang menjadi idaman setiap Muslim. Apa khabar anda semua? Mudah-mudahan baik sahaja hendaknya.

Maafkan saya kerana agak mementingkan diri kali ini kerana entri kali ini lebih berkisarkan diri dan luahan hati saya sendiri. Saya tidak bermaksud untuk mementingkan diri saya tetapi entahlah. Terasa ingin bercerita dengan sesiapa yang membaca blog saya. Entah ada yang membacanya atau tidak. Saya ini suka syok sendiri. Maafkan saya ya?

Hmm..Minggu ini agak sunyi bagi saya. Sepatutnya saya harus gembira kerana cuti sekolah. Mengapa ya? Adakah saya terlupa memberi makan kepada roh dan jiwa saya? Mungkin ya dan mungkin tidak. Hanya diri sendiri yang mengerti akan perbuatannya. Terasa lama tidak berdiskusi bersama sahabat saya saya. Sudah menjadi kebiasaan saya berbincang sesuatu topik dengannya. Apabila saya cuba mengajak sahabat yang lain untuk mendiskusikan sesuatu topik, mereka menunjukkan keengganan mereka. Barangkali mereka bosan hendak melayan pertanyaan saya. Tidak mengapalah. Saya masih beruntung mempunyai seorang sahabat yang saya rasa dia ikhlas dalam menjawab soalan saya yang agak membosankan dirinya.

Di kesempatan ini, ingin saya titipan ucapan terima kasih yang tidak terhingga buat dua orang sahabat saya ini kerana sentiasa bersabar dalam melayan pertanyaan saya dan berbual-bual dengan saya di alam maya. Shukran Jazilan. Hanya Allah S.W.T sahaja yang mampu membalas kebaikan anda berdua terhadap saya. Mungkin selepas ini kita tidak ada peluang bertemu kembali. Namun, doa saya sentiasa mengiringi kalian berdua. Saya berharap mereka membaca entri ini selepas mereka pulang daripada kampung halaman mereka.

Baru rasanya saya berbicara mengenai cinta. Pada firasat saya, entri saya yang bertajuk Cinta Oh Cinta pasti mengundang rasa tidak senang di hati sesetengah pihak yang telah lama mengenali diri yang kerdil ini.

“Ala.. Nadiah ni cakap je lebih. Islamik la konon. Padahal dia pun sama je. Cintan-cintun gak dengan pakwe dia. Bukan main gak dulu.”

Mungkin kata-kata ini terdetik di hati mereka. Maafkan saya jika berburuk sangka tetapi malangnya saya sendiri mempunyai fikiran begini ketika membaca kembali apa yang saya nukilkan di blog saya yang entah apa-apa ini. Adakah saya seorang yang hipokrit? Atau suka menunjuk-nunjuk bahawa saya ini baik dalam pemikiran dan agamanya. Jawapan saya sudah tentu tidak. Saya bukan seorang yang hipokrit mahupun kuat dalam imannya. Iman saya masih lemah dan tidak cukup kuat. Lantaran itu, saya banyak menelaah buku dan artikel yang memberi santapan rohani sekaligus menguatkan iman ini. Selain itu, saya banyak berdiskusi dan bertanyakan pendapat kepada sahabat-sahabat yang saya rasakan mampu membimbing saya ke jalan-Nya. Semoga Allah S.W.T membantu saya dalam menjadi seorang Muslimah yang bertakwa dan memperoleh kemenangan di akhirat sana. Amin.

Beberapa hari lepas, saya telah membaca sebuah blog seorang sahabat baru yang saya kira sangat menarik. Hati saya agak tersentuh apabila membaca sebuah penulisan sahabat saya ini. Kata-kata yang diucapkan menikam tepat di jantung saya. Terasa begitu berdosa dan jahilnya saya suatu ketika dahulu. Saya terus membutakan hati saya walaupun saya tahu couple itu haram di sisi Islam. Saya cukup bersyukur kepada Allah S.W.T kerana menemukan saya dengan artikel dan sebuah buku yang mampu memberi kesedaran kepada diri ini.

Perasaan sayang dan rindu memang akan lahir secara semulajadi dalam diri seseorang. Saya sendiri mengalaminya. Saya bukanlah seorang wanita yang baik yang tidak pernah melakukan kesalahan. Saya banyak melakukan kesilapan sepanjang menjalani hidup di bumi yang fana ini. Entah berapa banyak dosa saya yang telah dicatit oleh malaikat Atid. Gerun pula bila memikirkannya.

Bila disebut tentang cinta, entah berapa banyak kali saya menumpahkan air mata jahiliyah kerananya. Entah berapa kali jiwa saya merana menanggung sakit kerana cinta. Ya Allah, bodoh sungguh aku ketika itu. Begitu banyak dosa yang berjaya aku kumpul lantaran kebodohan dan kedangkalan lalu.

Pada awal entri di blog saya banyak saya mengarang sajak dan cerita mengenai keinsafan diri ini. Akan tetapi saya tidak terlepas daripada melakukan khilaf dengan menulis sajak-sajak cinta jahiliyah. Terlalu megikut perasaan dan emosi ketika itu. Malunya saya kepada yang membacanya. Malu lagi saya kepada Allah, Al-Malik. Ya Tawwab. Ya Ghaffar. Ya Ghaffur. Semoga Allah S.W.T mengampunkan dosa-dosa saya. Sesungguhnya tidak akan aman hidup ini tanpa pengampunan daripada-Nya.

Setelah membaca artikel di dalam blog teman saya itu, saya membuat satu keputusan yang saya kira amat drastik pada diri saya dan juga pada si dia. Maafkan saya kerana terpaksa mengambil keputusan sedemikian rupa. Bukan niat di hati saya untuk melukakan hati dan perasaan sesiapa tetapi saya sayangkan diri saya dan diri dia. Saya meletakkan sepenuh penggantungan saya kepada Allah S.W.T. Andai kita berjodoh, kita akan berjumpa lagi. Moga-moga cinta yang kita bina pada masa itu semata-mata kerana Ilahi.

Saya ada memberitahu keputusan saya ini kepada beberapa orang sahabat saya. Ada yang tidak bersetuju dengan tindakan saya ini. Acap kali seorang sahabat saya berpesan,supaya menapis apa yang dibaca. Jangan menerima bulat-bulat apa yang dibaca. Namun, bagi saya apa yang diperkatakan di dalam blog tersebut adalah benar dan saya patut membuat perubahan untuk ke arah yang lebih baik.

Teringat pula kepada pesanan ibu saya mengenai jodoh. Ibu berpesan semasa berdoa janganlah kita sebut nama kekasih kita kerana ianya seakan-akan memaksa Allah untuk menjodohkan kita dengan orang itu. Ibu saya berkata lagi ‘Memanglah kita rasa dia tu baik tapi mungkin dia bukan yang terbaik untuk kita. Allah lebih tahu siapa yang baik untuk kita.Masa doa lepas sembahyang, berdoa secara general: “Ya Allah, kurniakanlah aku jodoh yang baik buat diriku, agamaku, duniaku dan akhiratku.”

Di dalam buku Hebatnya Kuasa Istikharah, Rasulullah S.A.W mengajar doa bagi solat istikarah yang dilakukan dengan tujuan memilih pasangan hidup. Doanya seperti berikut:

“Wahai Allah, Engkau berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa. Engkau mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui. Engkau mengetahui segala yang ghaib. Apabila kau mengetahui si Fulanah [sebut namanya] baik bagiku dalam agamaku, duniaku dan akhiratku, berikan dia untukku. Apabila yang selainnya lebih baik daripadanya bagiku, agamaku, duniaku dan akhiratku, berikanlah yang lain itu bagiku.”

Ya Allah, perasaan itu datang lagi dalam diriku. Beberapa minggu yang lalu, hati saya sangat berbolak-balik dengan perasaan yang tidak sepatutnya saya layan. Tetapi diri ini terlalu lemah untuk melawan perasaan itu. Saya kira inilah ujian yang paling hebat yang pernah saya alami selama saya hidup di dunia ini. Entah mengapa saya gagal mengawal perasaan itu. Saya sedar perasaan rindu hatta teringat sedikit kepada seseorang itu sudah cukup mengheret diri ini ke lembah zina hati. Entahlah. Hina sungguh diri ini jika berhadapan dengan-Nya sekarang.

Untuk beberapa hari yang lepas, saya mampu menahan dan melupakan perasaan itu. Apa yang merasuk fikiran saya semalam, saya gagal lagi. Sekali lagi air mata ini tumpah. Air mata jahiliyah tidak membawa apa-apa makna. Sekadar mendapat dosa sahaja. Saya kerap didatangi mimpi yang membuatkan diri saya semakin keliru. Mungkin ianya sekadar mainan tidur. Ya Rahman, Ya Rahim, Ya Mu’min. Kuatkanlah hati hamba-Mu ini. Aku tidak sanggup lagi mengharapkan pada cinta yang tidak pasti. Aku tidak sanggup terus mencampakkan diriku ke dalam lembah dosa. Seandainya dia adalah untukku, biarlah cinta itu hadirnya kerana Engkau. Bukan kerana nafsu semata-mata. Aku ini tersangatlah lemah dan tidak berdaya.

Hmm..entahlah. Saya sendiri tidak pasti dengan diri ini. Hanya Tuhan yang tahu bak kata UNIC. Buntu saya memikirkannya. Jika perasaan itu menyerang hati ini, mulut saya cepat melafazkan ayat ini inni wajjahtu wajhialillazi fathorassamawatiwal ard hanifa wama anaminal musyrikin”. Tenang sedikit hati saya. Ayat ini memgingatkan saya supaya tidak berpaling daripada Allah S.W.T kerana kepada Dialah cinta, hati dan diri ini sepatutnya dihadapkan. Bukan pada yang lain selain dari-Nya. Jadi refleksi diri sangat penting. Selalunya saya mengenang kembali perbuatan dan tingkah-laku saya setelah usai solat dan sebelum tidur.

Panjang sungguh bebelan saya di dalam entri ini. Adakah saya telah membuka aib saya sendiri kepada anda semua?

Wallahualam.

Comments

  1. salam 'alaik... hebat Allah kan? DIA mendatangkan keresahan dalam jiwa hamba-Nya agar mereka ingat pada-Nya...terima kasih atas perkongsian ini, terkena pd diri ana...

    ReplyDelete
  2. wasalam tinta mujahid..masa baca entri saudara pun,terkena juga pada batang hidung saya :)

    ada terbaca sabda Rasulullah S.A.W: 'penyesalan adalah taubat'

    'seorang muslim yg tercucuk duri@apa shj kesusahan@kesakitan yang seumpamanya akan dituliskan utknya satu darjat dan dhapuskan satu dosa'

    moga2 ujian yg melanda diri mampu menguatkan lagi iman dan diri ini dan saudara juga..

    ReplyDelete
  3. Setiap manusia akan membuat kesalahan. La tahzan ukti

    http://pemudattbc.blogspot.com/2011/02/insan-kerdil.html

    :)

    ReplyDelete
  4. salam naim..benar..entahlah...smoga Allah mengampuni dosa saya dan umat islam yang lain hendaknya

    ReplyDelete
  5. @hamba allah..

    salam.. :) Sama2. Semoga dapat sedikit manfaat darpd penulisan yg tak seberapa ini.

    ReplyDelete

Post a Comment

Jika saya ada tersilap dalam berbicara, silalah tegur saya ya? Komen anda pemberi semangat kepada saya.

Popular posts from this blog

Sifat Mengikut Bulan Islam

Wallahualam. Hanya Allah S.W.T yang lebih mengetahui akan kekuatan dan kelemahan diri ini.

Lagu Sekolah Menengah Agama Nilai

Lagu SMA Nilai

Choral Speaking (We are One)

We are One WE ARE ONE Excellent! Unbeatable! Unforgettable! Assalamualaikum w.b.t We are from SMRA Nilai The millennium generation of 2010 Present to you ‘We Are One’. Eh.. What is 1 Malaysia? Huh? 1 Malaysia? What is that? Never heard about that! Hey, are you a Malaysian? Aa.. [Laughing] Let me tell you what 1 Malaysia is. Malaysians must stand together, think and act As one people under 1 Malaysia concept. [Ooh..] Did you get it now? Yes! ﺍﻡﻡ... ﻫﻴﺎ ﻧﺗﻛﻟﻢ ﻜﺛﻴﺮﺍ ﻋﻧﻬﺎ ﻤﻮﺍﻔﻖ ﺴﻼﻢ ﺍﺴﺘﻘﺮﺍﺭ ﺍﻧﺴﺟﺎﻢ ﻫﺫﺍ ﻤﺎﻠﻴﺯﻴﺎ! A country that belongs to all Malaysians with a shared history, belief and even a future. U-N-I-T-Y [individual] Unity! Only a five - letter word, yet the foundation of multi - racial Malaysia. A cultural melting pot [si ni kitak tek? Kamek dari sinun] [Wa jiak pah liaw?] A unique heritage of different races [Selamat Hari Raya! Gong Xi Fa Cai! Gayu Guru Gerai Nyamai! Diwali Vartikah] A harmon...