Salam buat semua.
Kali ini entry saya dalam Bahasa Melayu pula. Selalu sangat dalam Bahasa Inggeris pun tidak menarik juga kan? Bahasa Melayu tetap bahasa ibunda saya atau mother tongue dalam Bahasa Inggeris.
Hari ni saya pergi Alamanda. Macam biasa bawa RM50 mesti habis. Duit habis saya habis beli dua buah novel dan satu koleksi cerpen dalam Bahasa Melayu. Lama juga duduk dalam kedai sementara MPH. MPH Alamanda sedang diubahsuai. Lama juga. Berbalik pada cerita tadi, banyak buku yang menarik. Terasa hendak beli semua buku yang ada tapi apakan daya, dalam handbag ada RM50. Itu pun duit minyak kereta untuk minggu hadapan. Jadi sekarang ni saya dah pokai sebelum hujung bulan!
Gaji oh gaji. Cepatlah kau masuk dalam akaun bankku itu.
Dalam bulan ini sahaja saya sudah beli sembilan buah buku! Baru dua buah buku yang berjaya dibaca. Tapi rilek sudei. Ops, bahasa pasar sudah muncul. Teringat pula pada zaman sekolah dulu. Zaman sweet and innocent. Suka guna perkataan macam ini.
Bagaimana hendak habiskan semua buku yang sudah dibeli? Kalau tidak dibaca, buat rugi duit sahaja kan? Jadi saya ambil pendekatan, satu hari satu muka surat untuk buku-buku yang berat isi kandungannya. Contohnya buku ‘La Tahzan’, ‘The Meaning of Al-Quran’ dan ‘Hadis 40 Imam Nawawi’. Tidak mampu bagi saya untuk digest semua isi kandungannya kalau dibaca cepat-cepat. Tidak berkualitilah proses pembacaannya kalau tidak mampu menghayati apa yang dibaca. Setuju?
Topik lain pula. Dalam perjalanan pulang ke rumah, tiba-tiba saya teringat pada perbualan saya dengan seorang teman saya beberapa minggu yang lalu. ILMU atau DUIT yang mana satu lebih penting? Masa itu saya mengeluh duit sudah habis kerana membeli buku. Jadi dia ajukan soalan itu kepada saya.
Soalan provok macam ini sudah biasa kita dengar tapi jarang-jarang kita fikirkan. Terkulat-kulat saya untuk menjawab soalan kawan saya ini. Soalan nampak senang tapi bila hendak menjawabnya susah juga. Lagi-lagi dia tanya pada saya yang sememangnya malas untuk berfikir secara kreatif dan kritis. Hmm.. macam manalah saya boleh jadi cikgu? Suka bagi soalan untuk pelajar saya berfikir tapi cikgunya? Teacher Nadiah kena berubah ya?
Ok, berbalik pada topik tadi. Maaflah saya memang suka tukar topik. Kawan-kawan pun ramai yang geram dengan perangai saya ini. Mengikut pemikiran yang logik, mestilah saya pilih ilmu. Kawan saya tanya saya lagi kenapa pilih ilmu daripada duit. Jawapan skema saya - Ilmu yang kita perolehi digunakan untuk mendekatkan diri kepada Allah dan menuju Jannah-Nya.
Hendak tahu apa dia balas pada jawapan saya? Dia cakap ilmu memang penting tapi duit penting juga. Kalau tiada duit macam mana hendak hidup. Aduh... kena lagi. Saya memang selalu sangat kena sengat dengan dia. Kawan saya ini macam lebah. Marah dia nanti kalau baca entry saya ini. Sorry yer.
Betul juga kata-kata dia. Ilmu dan duit sama-sama penting. Kalau tiada duit macam mana hendak beli buku kan?
Saya ada terbaca satu kata-kata daripada Saidina Ali bin Abi Talib yang bermaksud “Ilmu itu lebih baik daripada harta. Ilmu menjaga engkau dan engkau menjaga harta. Ilmu itu penghukum (hakim) dan harta terhukum. Harta itu kurang apabila dibelanjakan tapi ilmu bertambah bila dibelanjakan.”
Hayati sebentar kata-kata daripada Saidina Ali ini. Kadang-kala kita terlalu mengejarkan duniawi sampai kita terlupa dengan ukhrawi. Harta yang kita cari dan kumpul setiap hari selalu dibazirkan pada perkara yang sia-sia. Satu contoh yang diberikan oleh kawan saya. Malaysia perlu menjaga harta tetapi ilmu menjaga Malaysia. Apa maksudnya di sini? Pada pandangan saya, jika rakyat Malaysia mempunyai ilmu yang cukup di dada, kita mampu menangkis segala serangan daripada anasir-anasir jahat yang cuba menghancurkan bumi Malaysia. Percaya atau tidak, kuasa-kuasa luar sememangnya mencari jalan untuk menakluki negara kita. Kalau anak bangsa Malaysia tiada ilmu, agaknya sudah lama kita kena jajah. Generasi muda sekarang merupakan aset yang penting buat Malaysia. Mereka inilah harta yang perlu dijaga oleh Malaysia. Mereka pula yang akan menjaga Malaysia. Oleh itu, ilmu sangat penting kehidupan kita.
Jadi, apa kata kita gunakan duit kita dengan melakukan perkara yang berfaedah. Contohnya membeli buku. Ia merupakan pelaburan yang sangat berbaloi. Bukan saya ingin menyatakan yang saya ini baik atau sebagainya. Saya juga manusia biasa yang sering melakukan dosa. Sama-samalah kita saling ingat-mengingati dalam hidup ini. Jika harta dibelanjakan pada jalan mencari ilmu, ilmu yang diperoleh itu sangat bermakna dalam hidup kita. Setuju atau tidak terpulang pada diri anda. Tepuk dada, tanya iman.
Jadi, apa kata kita gunakan duit kita dengan melakukan perkara yang berfaedah. Contohnya membeli buku. Ia merupakan pelaburan yang sangat berbaloi. Bukan saya ingin menyatakan yang saya ini baik atau sebagainya. Saya juga manusia biasa yang sering melakukan dosa. Sama-samalah kita saling ingat-mengingati dalam hidup ini. Jika harta dibelanjakan pada jalan mencari ilmu, ilmu yang diperoleh itu sangat bermakna dalam hidup kita. Setuju atau tidak terpulang pada diri anda. Tepuk dada, tanya iman.
Kesimpulan daripada perbualan saya dengan kawan saya ialah duit dan ilmu sama-sama penting. Short and sweet.
Sampai di sini sahaja saya merapu-rapu. Maafkan saya jikalau ada tersalah bahasa terutama sekali Bahasa Melayu saya yang teruk. Sudah terbiasa guna bahasa pasar. Menulis karangan empat tahun sekali. Kalau ada tersalah fakta, sila jangan segan-segan bagitahu saya ya.
Jumpa lagi dalam entry yang lain. Insha Allah. Salam.
Assalamualaikum,
ReplyDeleteIlmu itu penting, tetapi ilmu yang lebih bermakna dan tak ternilai ialah apabila ilmu itu mendekatkan kita ke jalan Allah. Ilmu tu takde baik, takde buruk, yang baik atau buruknya adalah pemilihan kita untuk menggunakan ilmu tu ke jalan yang diredhai-Nya. Contoh: seorang akauntan yang hebat, tetapi kerana ketaqwaannya kepada Allah tidak kuat, dia memilih menggunakan ilmu yang dia ada untuk makan rasuah dan pow duit syarikat. tapi, untuk mereka yang bertakwa, dengan ilmu, mereka berbakti, berfikir utk menyenangkan masyarakat, berfikir untuk menambah duit supaya dapat dibelanjakan ke arah yang diredhai Allah. :) so ilmu & duit itu perlu, tapi perlu ditambah juga dengan iman & ketaqwaan kepada Allah.
Allahua'lam.
Waalaikumussalam. Terima kasih di atas komen dan pandangan Cik Huda. Ada benar kata-kata saudari itu. Ilmu memang penting. Ketakwaan dan keimanan kepada Allah dapat menguatkan lagi ilmu yang sudah ada di dalam dada kita. :)
ReplyDeleteContoh yang baik. Moga-moga ilmu kita perolehi mampu memacu diri kita kepada Allah dan menuju ke syurga-Nya.
teringat kepada cerita seorang sahabat saya..ilmu memang penting..duit pun penting juga..duit yang kita ada membolehkan kita untuk mendapatkan pendidikan yang formal seperti di universiti dan sebagainya. jadi tidak dapat dinafikan duit itu penting juga dalam kehidupan kita. tapi kalau tiada duit tapi kita berilmu, kita masih mampu menghasilkan duit melalui ilmu yang dikurniakan Allah. Wallahualam..
ReplyDeletesalam...
ReplyDeletejust want to give a simple comment...
...money is very important...but not the most important...money is not everything...but everything needs money...
...duit boley beli ilmu...ilmu xboley beli duit...tapi...ilmu boley buat duit...ilmu boley dapatkan duit...
salam coklat udang,
ReplyDeletethanks for sharing ur opinion :)