Aku melihat pada bunga mawar. Lalu aku petik ia. Namun kemudian ia layu begitu sahaja. Mudahnya. Benda yang senang diperolehi, akan senang hilangnya. Cinta yang senang diperolehi adalah cinta dunia, dan ia tidak akan berkekalan. Aku melihat pada semalu. "Erm..bunga apa ini?". "Kat tapak kaki aje". Lalu aku mahu petik ia. Namun ia menutupi dirinya dan aku tidak bisa melihatnya. Masya Allah. Benda yang sukar diperolehi, akan sukar hilangnya. Wanita solehah adalah wanita yang merendahkan diri sehingga kita melihatnya tiada satu pun yang indah, dan malu wanita ini sehingga tidak terlihat dirinya sebenar.
Ada satu perbezaan dan ia boleh dijadikan satu panduan utk muhasabah diri. Sesungguhnya setiap apa yang Allah ciptakan di sekeliling kita, sebenarnya ada panduan yang tersembunyi, dan sebab itulah kita dianugerahkan akal dan hati untuk menilai dan merasai setiap panduan tersebut, dan seterusnya beriman kepada-Nya. Amin.
Apa perbezaan tu?
Hayatilah sebaiknya. Dunia kini sudah berbeza. Wanita yang indah semakin ramai. Wanita sebegini memang mahal dirinya. Sukar untuk didekati andai tiada cara apabila cara mengena diri, maka tunduklah wanita. Itulah ia mawar berduri. Walaupun berduri, tetapi keindahannya menjadi buruan sehingga dia boleh berada dalam bahaya dan fitnah pada dirinya. Tetapi wanita solehah adalah wanita yang sentiasa menjaga dirinya. Tidak mempamerkan keindahan dirinya di khalayak ramai. Menyimpan keindahan dirinya untuk sang suami yang dirindui. Wanita solehah akan bersederhana dalam perhiasan dirinya dikalangan awam sehingga tiada kilauan mata yang tajam memandangnya. Maka selamatlah dirinya dari bahaya dan fitnah. Wanita solehah, apabila sudah memiliki suaminya, maka setialah ia kepada suaminya. Disinilah dia menunjukkan keindahan sebenarnya. Itulah pohon semalu. Hanya kelihatan daun dan batang berduri. Tiada satu pun indah untuk melihatnya. Namun apabila tiba masanya ia bisa mengeluarkan bunga yang selama ini disembunyikan.
Subhanallah..Wallahua'lam..
Comments
Post a Comment
Jika saya ada tersilap dalam berbicara, silalah tegur saya ya? Komen anda pemberi semangat kepada saya.