Salam buat semua. Kita berjumpa lagi.
Minggu ini bermulalah musim percutian sekolah. Seronoknya! Bukan pelajar sahaja yang seronok bahkan guru pun seronok sekali.
Hari ini saya pergi Giant Nilai. Saya singgah sebentar di kiosk yang menjual buku agama. Niat di hati hendak membeli buku ‘Duhai Anakku’ dan ‘Duhai Sayangku’. Sayang seribu kali sayang. Buku-buku dalam wishlist saya sudah pun habis dijual. Sedihnya. Tidak mengapalah. Belek-belek buku lain pula. Belek punya belek, mata saya tertumpu kepada sebuah buku yang bertajuk ‘Seni Bercinta & Memikat Lelaki’. Macam best jer buku ni. Tanpa membuang masa, pantas sahaja tangan mencapai buku itu. Menarik juga setelah membaca sinopsisnya. Jadi, check beg duit. Alamak! Duit sudah habis beli buku semalam. Apa lagi. Bu, pinjam RM20..hehe. Saya membuat muka sepuluh sen semasa hendak pinjam duit daripada ibu tersayang. Ok. Sudah pun berjaya menambah koleksi buku saya. Lepas ini bolehlah saya mengaplikasikan ilmu yang diperoleh selepas berkahwin nanti.
Sebelum saya bertolak ke Nilai, sempat saya mengajukan satu soalan di Facebook saya. Soalannya berbunyi ‘Study biar lepak, result biar gempak. Apa pendapat anda mengenai penyataan ini?’. Ramai juga rakan dan pelajar saya yang memberi komen dan pendapat mereka. Sungguh bernas pendapat mereka. Ada yang memberi definisi ‘lepak’ itu sendiri dan ada juga yang memberi pepatah yang lebih sesuai digunakan. Terima kasih buat semua yang sudi berkongsi pandangan yang amat jitu dan mantap. Di sini saya sertakan beberapa pendapat rakan Facebook saya (Mahadi Hassan, Huda Engku, Hafizah Fiza dan Siti Zulaikha). Terima kasih daun keladi!
Setelah membaca beberapa komen, saya amat tertarik dengan pendapat Cikgu Mahadi.
“Study biar lepak....result biar gempak ...bagi pendapat peribadi saya istilah tu dah tak boleh nak dpakai...sebab pepatah tu yang akan membuatkan kita musnah dan segala cita cita dan impian akan musnah...cuba teacher nadiah fikirkan salah satu faktor mcm mana manusia berjaya tanpa ungkap bermacam macam kata kata....macam ni teacher nadiah ada satu pepatah yang telah membuat kan saya berjaya iaitu pandang pada pokok dalam pokok ada api....maksudnya setiap benda yang teacher nadiah buat orang lain tak boleh buat.....mood ibarat bayangan kita..”
“Macam ni teacher nadiah...ada satu ungkapan yang biasa kita dengar study smart don't study hard...banyak lagi ungkapan yang di ikut ikut oleh pelajar sekarang...cuba teacher nadiah fikirkan kenapa tiada ungkapan buanglah sampah merata rata...agaknya bersih persekitaran kan...tapi kalau ungkapan jgn buang sampah di sini denda 50 ringgit..agaknya adalah hamba allah yang membuang sampah kan....jadi ungkapan dah tidak boleh diungkapkan....jadi apa yang boleh buat kita kena dapatkan sesuatu maklumat dan terus ke otak baru kita tafsirkan ...barulah segala apa yang kita lakukan bukanlah bayangan tapi realiti...”
Mahadi Hassan
Ada benar kata-kata Cikgu Mahadi itu. Kalau kita berfikiran ‘Ala...study biarlah lepak-lepak. Result gempak gak nanti. Buat apa kalut-kalut nak baca buku?’ Kalaulah semua pelajar baik di peringkat sekolah mahupun di peringkat universiti mempunyai fikiran begini, susahlah bagi mereka untuk mencapai kejayaan. Mungkin sebab itu ada sesetengah pelajar di sekolah dan universiti memperoleh keputusan setakat cukup makan. Bukan saya hendak menyindir ya tapi ini hakikat atau senario yang berlaku di institusi pendidikan Malaysia. Terlalu memegang kepada falsafah kononnya ‘belajar biar lepak’. Akhirnya keputusan pun lepaklah juga. Jangan marah ya dengan kata-kata saya. Ini Cuma pandangan peribadi saya dan dari pengalaman saya sendiri sewaktu di alam pembelajaran.
Jadi, tidak salah kalau semua pelajar menukar prinsip mereka ini. Bak kata Huda Engku – Study biar seronok, baru result gempak. Saya lebih gemar memanggil sahabat saya dengan panggilan Along. Cik Huda ini merupakan salah seorang teman seperjuangan saya semasa menuntut di Unisel dahulu.
“bg org penggunaan perkataan 'lepak' tu tak sesuai digandingkan dgn study.. sbb bila study, kita isi masa dgn perkara berfaedah (mendapatkan ilmu) sedangkan bila lepak, kita membazir masa. study biar lepak tu sebenarnya dia nk ckp kita nk study biar happy, gembira, suka.. tapi still, perkataan 'lepak' tak sesuai digunakan. study bia seronok, baru result gempak :)”
“hm.. kena mula membudayakan study biar seronok, baru result gempak.. tp mmg btl, selagimana kita seronok buat sesuatu, selagi tu kita tak jemu dan excited to do more.. kalau kita tak seronok buat sesuatu, tentu kita mudah putus asa..”
Huda Engku
Pendapat yang jitu telah diutarakan oleh Cik Huda. Saya amat bersetuju dengan kata-kata “Study biar seronok, baru result gempak.” Ini baru mengambarkan pemikiran seseorang pelajar yang berjaya. Lumrah anak-anak muda. Gemar menggunakan perkataan yang agak melampau barangkali. They tend to exaggerate the word.Mungkin itu asal usul frasa ‘study biar lepak’. Sewaktu saya di alam persekolahan pun begitu juga. Tiada bezanya dengan sekarang. Mungkin ada maksud lain di sebalik kata-kata itu. Siapa tahu kan? Setiap individu ada pemikiran yang tersendiri. Tapi pada saya, janganlah diamalkan pegangan ini.
Berbalik kepada pendapat Cik Huda tadi. Jikalau kita seronok melakukan sesuatu perkara, lebih mudah untuk kita mencapai sesuatu yang kita hajatkan. Contohnya, dahulunya saya agak lemah dalam Bahasa Inggeris (sekarang pun masih lemah). Oleh kerana saya ingin dan suka membaca novel Bahasa Inggeris, jadi apa sahaja usaha yang saya lakukan untuk menguasai bahasa tersebut menjadi mudah. Bayangkan saya mampu menghasilkan kamus saya sendiri! Ini semua kerana saya berasa SERONOK. Alhamdulillah. Pendek kata, semuanya bergantung pada hati dan niat kita. Teringat saya pada sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud “Sesungguhnya diterima amal perbuatan itu bergantung kepada niatnya dan sesungguhnya bagi setiap orang akan mendapat apa yang diniatkan.”
Niat itu penting dalam apa sahaja perbuatan kita. Belajar pun begitu juga. Jika niat kita dipasakkan kerana Allah S.W.T, Insha Allah mudah untuk kita menuntut ilmu kerana kita mendapat redha-Nya. Sekarang mari kita betulkan kembali niat kita dalam setiap perbuatan kita. Tetapkan hati dan iman.
Ubah tanggapan dan pemikiran kita. Buang perkataan ‘lepak’ dan gantikanlah dengan perkataan yang lebih positif. Kita adalah apa yang kita katakan. Setiap kata-kata kita menunjukan siapa kita sebenarnya.
Saya akhiri penulisan saya kali ini dengan ucapan maaf jika ada terkasar bahasa dan mugkin pendapat saya silap di mata anda semua. Semua yang baik datangnya daripada Allah S.W.T dan yang cacat serta buruk itu datangnya daripada pihak saya yang tidak begitu penuh ilmu di dada. Sekadar untuk berkongsi rasa dan pendapat dengan anda semua.
Wasalam.
Comments
Post a Comment
Jika saya ada tersilap dalam berbicara, silalah tegur saya ya? Komen anda pemberi semangat kepada saya.