Salam saya titipkan buat anda semua.
Maaf, entry saya dalam Bahasa Melayu lagi. Kasihan pada kawan saya di Algeria kerana dia tidak faham Bahasa Melayu. I’m sorry akhi Yasser. I’ll write my other entries in English next time, ok?
“Awak agak-agak dapat berapa A untuk PMR ni? Boleh ke nak dapat 8A?”
“Tak sangkalah Kak Nadiah boleh dapat 8A. Tengok dia tu biasa-biasa je. Taklah pandai sangat.”
Teringat kata-kata ini daripada beberapa orang hamba Allah kepada saya pada suatu ketika dahulu. Iyalah pada masa itu saya ini tidaklah berapa pandai jika dibandingkan dengan rakan-rakan seperjuangan yang lain semasa di bangku sekolah. Jika dibandingkan dengan saudara-mara yang hebat-hebat belaka memanglah bagaikan langit dengan bumi. Saya sering dipandang rendah oleh sesetengah orang. Namun, saya tidak mudah melatah atau naik berang. Saya masih bersyukur kerana saya masih mampu melakar kejayaan pada hari ini walaupun tidak sehebat rakan-rakan yang lain.
Bila orang sebut PMR, secara automatik otak saya teringat kembali kenangan lalu semasa berada di tingkatan tiga. Hmm.. pada masa itu, tiada sesiapa pun yang pandang saya. Baik kawan sekelas mahupun guru. Biasalah orang tidak pandai. Sudahlah duduk di dalam kelas pandai tetapi tidak setaraf pula dengan kawan-kawan yang lain. Tidak kisahlah. Janji saya belajar. Saya rasa tiada sesiapa pun yang menyangka saya mampu mencapai keputusan yang agak cemerlang di dalam PMR bahkan guru tingkatan saya pada masa itu pun agak terkejut ketika dia hendak menyerahkan slip keputusan PMR saya. Sejujurnya saya tidaklah terkejut mendapat keputusan 8A 1B kerana saya yakin saya akan berjaya dengan berkat usaha, dorongan ibu, ayah dan adik-adik tersayang serta bantuan dan rahmat daripada Ilahi. Alhamdulilah. Bukan over confident ya. Masuk tingkatan empat, seorang demi seorang kawan-kawan saya keluar dari SMKPT. Cuma tinggal saya sahaja kerana saya tidak berpeluang mengisi borang SBP. Masa itu, peluang hendak mendapatkan borang SBP terhad kepada 10 pelajar terbaik. Sayangnya saya tidak termasuk dalam senarai pelajar cemerlang. Sedihnya. Jangan salah faham ya. Saya bukan jenis mudah putus asa dan saya jadikan itu sebagai satu cabaran serta pemangkin untuk saya berjaya dalam PMR.
“Kenapa kau masuk IPTS? Dah elok-elok kau dapat UNIMAS, kau tak nak belajar kat sana. UNiSEL tu tak pernah dengar pun.”
“UNiSEL? Kat mana tu. Bagus ke belajar kat sana? Iktiraf tak course kat situ? Tak payahlah belajar kat sana.”
Bahagian kedua pula. Selepas tamat pengajian di matrikulasi, saya mendapat tawaran untuk menyambung pelajaran di UNIMAS. Malangnya saya terpaksa menolak tawaran tersebut kerana faktor jarak yang jauh. Tambahan pula saya tidak minat dengan kursus pengajian yang ditawarkan. Daripada membuang masa belajar sesuatu yang saya tidak minat, lebih baik saya belajar apa yang saya suka. Barulah enjoy. Malangnya ada juga yang tidak senang dengan keputusan saya. Macam-macam orang mengata pasal saya tapi rileks lah brader.Aku yang nak belajar bukan korang.Apa yang korang kisah sangat ni? Kata-kata mereka semua itu saya jadikan pembakar semangat untuk lebih berjaya di masa depan.
Cerita punya cerita, teringat pula saya pada kenangan saya semasa menghadiri temuduga Guru Sandaran Terlatih Siswazah (GSTS) di Putrajaya pada tahun 2009. Ada seorang siswazah lepasan sebuah universiti perguruan yang terkemuka di Malaysia bertanyakan soalan kepada saya. Perbualannya seperti di bawah:
A : Cik Nadiah ni belajar kat mana dulu?
Saya: UNiSEL.
A : UNiSEL? Tak pernah dengar pun. Ada course cikgu ke kat situ? Takpelah. Kalau tak pass interview ni bolehlah apply jadi cleaner kat sana.
Saya: (senyum sahaja)
Ini bukan rekaan ya. Benar-benar terjadi pada diri saya. Ala...saya baik-baik sahaja. Agak marah sedikit tapi oleh kerana sudah biasa dengan ungkapan sinis macam itu, saya sudah lali. Tidak kisah sangat. Buktinya saya berjaya melepasi temuduga yang paling penting untuk menjadi seorang guru. Semuanya anugerah daripada Allah S.W.T. Berbaloilah dengan setiap titik peluh dan air mata yang saya tumpahkan ketika menuntut di universiti dan menjalani latihan praktikum. Pengalaman semasa praktikum sangat mencabar iman dan kesabaran. Saya dicaci dan dipandang hina pada masa itu. Alhamdulilah. Allah S.W.T sememangnya menyayangi hamba-Nya yang bersabar. Allah menggantikan setiap air mata saya dengan nikmat yang saya perolehi sekarang. Semoga saya tidak pernah lalai dan alpa dengan nikmat yang diberikan-Nya.
“Eh, kau dah dapat posting ke? Sekolah tamil ke?”
Haha..kelakar betul soalan di atas. Ada seorang hamba Allah ini bertanyakan soalan macam ni. Mentang-mentanglah saya ni lepasan IPTS, sampai hati dia cakap macam itu. Padahal dia sudah tahu saya mengajar di mana.
Satu lagi perbualan saya dengan pelajar saya. Pada masa itu kami menunggu van untuk pulang ke sekolah selepas menyertai satu pertandingan. Kami berborak sebentar untuk menghilangkan kebosanan. Topik pada masa itu ialah PMR. Saya bagi beberapa tips kepada pelajar saya yang sedang belajar di tingkatan tiga. Kemudian, seorang pelajar ini bertanya kepada saya. “Ustazah dapat berapa A dalam PMR?”. Saya pun menjawab, “8A 1B.” Dia membalas jawapan saya, “Oh. Ustazah dapat 8A. Ingatkan keputusan Ustazah biasa-biasa je.” Pada masa itu, saya hanya mampu tersenyum lebar. Speechless. Hai... muka saya ini nampak sangat tidak berilmukah? Sabar ya Nadiah.
Apa yang saya cuba sampaikan daripada pengalaman saya yang lepas ialah walaupun semua orang memandang rendah kepada kita baik dari segi kepandaian, kemampuan melakukan sesuatu dan sebagainya, kita mesti ingat jika kita rasa kita baik dan pandai, ada lagi yang pandai dan baik daripada kita. Kalau kita rasa diri kita ini hebat, ada lagi yang lebih hebat di luar sana. Berpijaklah pada bumi yang nyata. Hidup ini bagaikan roda. Kita tidak selalu di atas. Inilah pesan yang sering ibu saya ulang kepada saya tatkala saya dilanda ujian daripada Allah.
Jadikan kata-kata pedas daripada mereka sebagai motivasi untuk memajukan diri kita. Kita hanya manusia biasa. Memang kita rasa hendak marah dan terguris hati dengan tutur bicara mereka. Tetapi apa gunanya bersedih hati dan rasa kecewa. Ubatilah kekecewaan itu dengan Kalamullah. Nescaya hati kita akan lebih tenang dan bersemangat. Kawan saya sering mengungkapkan bicara ini kepada saya jika saya mula memandang rendah pada diri saya sendiri, “Tiada apa pada nama universiti. Mana-mana universiti sama saja. Ilmu juga yang dituntut. Allah hanya memandang pada amalan kita sahaja. Jadi tak perlu memandang rendah kepada diri sendiri.”
Terdapat satu hadis yang saya baca di dalam buku ‘Hadis 40 Imam Nawawi’ yang disabdakan oleh Rasulullah S.A.W yang bermaksud ,
“Sebahagian daripada tanda baiknya (kualiti) keislaman seseorang ialah meninggalkan sesuatu yang tidak bermanfaat baginya.”
Pengajaran daripada sabda Rasulullah S.A.W ialah kita hendaklah menjauhkan diri daripada perkara yang hina dan rendah moral serta mendidik diri dengan meninggalkan perkara yang tidak bermanfaat. Mencampuri urusan orang lain boleh mengakibatkan perpecahan dan pertikaian antara manusia. Cubalah kita renungi bait-bait daripada nabi junjungan kita. Apa kena-mengena dengan cerita saya? Anda dikurniakan akal fikiran oleh Allah bukan? Gunakan dengan sebaiknya. Tidak salah memikirkan sesuatu yang baik di sisi Islam.
Ingin saya tegaskan di sini bahawa saya tidak berniat untuk menujukan penulisan saya ini kepada sesiapa sahaja yang megenali diri saya ini. Sekadar ingin berkongsi pengalaman. Saya menyusun sepuluh jari memohon kemaafan jika ada yang terasa hati mahupun terluka perasaannya.
Maafkan saya sekali lagi kerana malam ini saya menulis satu entry yang membosankan dan tidak ada faedahnya. Please forgive me.
Wasalam.
kisah awak ini menarik...saya pun selalu dipandang rendah oleh orang lain termasuk keluarga saya..saya nie jenis tidak mempunyai kemahiran...ketika saya buat permohonan masuk askar wataniah..abang saya suruh saya jangan masuk askar..sebab dia sangka saya yang lembik tidak mampu bertahan dengan lathan yang berat..tetapi saya kuatkan semangat dan alhamdulilah saya berjaya bertahan dalam kursus askar wataniah...
ReplyDelete@intang :)Alhamdulillah. Masyarakat mmg suka pandang rendah kpd yg lemah atau yg serba kekurangan.tapi kita boleh lawan n bangkit blk.buktikan kpd mereka kt mampu bjaya :)
ReplyDeletesuka entri nie.. memang hati lain2.. suka judge orang tanpa kenal terlebih dahulu.. siapa kita nak merendahkan kebolehan seseorang..tapi kamu bagus..bangkit dari setiap kata sinis orang..tak mudah melatah.
ReplyDeleteawak dikategori untung lg taw..saya, kemana2 org selalu pandang rendah,kerana rupa sy hitam, pendek dan tinggal di kg jer..bila dpt tawaran belajar kt bandar,,,sy selalu kene pandang rendah,mana nye xreti sosial cm kwn2 lain, nak pergi pawagam atau boling pun xreti.. mereka pandai bergaya..tambah2 sy dr falkuti seni..awk fhm kan org seni dress up dia cm artis..sy ni cuma muslimah kg jer..pernah satu ketika masa dlm kelas, xde org nak duduk sebelah sy..sedih..bila sy dpat pujian dr lect..ade yg dengki ..pastu ramai yg ketawakn saya bila sy cuba nak berlawa sedikit.sy ade je lelaki mengorat tapi sy xpernah cerita dekat org..mereka bngga dgn kekasih mereka..sekrg sy keseorgn hidup sendir..mungkin org kata sy antisosial..xpe,hny Allah je paham, sy selalu dipandang rendah dan dibuli..mereka sedikit pun xkesah..hny Allah dihati..semoga mereka diberi hidayah.
ReplyDelete