Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2011

Hati Ini Mahu Berbicara

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Selawat dan salam buat junjungan, Rasulullah S.A.W, keluarganya dan sahabatnya. Assalamualaikum kepada sesiapa sahaja yang sudi membaca entri ini. Alhamdulillah. Syukur ke hadrat Ilahi kerana masih memberi ruang pada diri ini untuk meneruskan sisa-sisa hidup dalam mencari cahaya-Nya dan Jannah yang menjadi idaman setiap Muslim. Dia sering membantu diri ini berkelana di bumi yang tidak lagi panjang usianya. Syukur Alhamdulillah. Sudah lama blog saya di biar sepi tanpa coretan hati saya. Sudah bersawang dan berhabuk saya kira. Kekangan masa dan sibuk dengan aktiviti harian membataskan saya untuk menulis sesuatu di sini. Terima kasih yang tidak terhingga buat sahabat saya yang mendoakan supaya saya diberi kelapangan masa untuk terus menulis. Alhamdulillah kerana hari ini saya mempunyai kesempatan untuk meluahkan apa yang terbuku di hati dan fikiran sepanjang tempoh saya menjadi Pegawai Teknikal untuk Kejohanan Balapan dan Padan...

Sifat Mengikut Bulan Islam

Wallahualam. Hanya Allah S.W.T yang lebih mengetahui akan kekuatan dan kelemahan diri ini.

Adakah Kita Faham Maksud Doa Duduk di Antara Dua Sujud?

Setiap hari kita berdoa dalam solat. Tapi sayangnya, kita berdoa tanpa kita memahami apa maksud doa tersebut. Sekadar berkumat-kamit di bibir tanpa tertancap di hati. Besarnya maksud doa yang kita lupakan - Doa semasa duduk antara dua sujud... ﺭﺏﱢﭐﻏﻔﺭﻠﻰ   (Rabbighfirlii) :  Tuhanku ampuniku ﻭﭐﺭﺤﻤﻨﻰ   (Warhamnii)  :  Sayangi aku ﻭﭐﺠﺒﺭﻨﻰ   (Wajburnii)  :  Tutuplah aib-aibku ﻭﭐﺭﻓﻌﻨﻰ   (Warfa'nii)  :  Angkatlah darjatku ﻭﭐﺭﺯﻗﻨﻰ   (Warzuqnii)  :  Berilah aku rezeki ﻭﭐﮪﺩﻧﻰ   (Wahdinii)  :   Berilah aku petunjuk ﻭﻋﺎﻓﻨﻰ   (Wa'aafinii)  :  Sihatkan   aku ﻭﭐﻋﻑﻋﻨﱢﻰ   (Wa'fu'annii)  :  Maafkan aku Dengan rendah hati, marilah kita sama-sama fahami doa yang kita pohon... Insya Allah. Sumber:  http://soutulmujahid.blogspot.com/2010/10/adakah-kita-faham-maksud-doa-duduk-di.html

Sahabat

Sahabat, Jika hari ini aku terlalu gembira, sedarkanlah aku dengan amaran2 Allah.. Jika ku bersedih tanpa kata, pujuklah aku dengan tarbiah pencipta.. Jika ku lemah tak berdaya, ingatkanlah aku dengan kehebatan syurga.. Jika antara kita ada tembok yang memisahkan, ajaklah aku meleraikannya.. Jika pernah hatimu terluka, luahkanlah agar aku berubah.. dan... Jika esok ku lena tanpa terjaga, iringilah lenaku dengan kalungan doamu.. berjanjilah sahabat...ukhwah kita untuk selamanya...             -khairunnisa' zunurain- Sajak ini dikarang oleh seorang pelajar saya yang sangat berbakat. Beliau bernama  Syafiatun Hasanah. Seorang pemidato yang saya kira begitu hebat. Saya sendiri tidak mampu berkata-kata seperti beliau. Selamat berjaya saya ucapkan buat Syafiatun dan semua pelajar SMAN.

Menulis Blog untuk Amalan Semasa di Alam Kubur

Siapa tahu, menulis blog juga merupakan satu cabang untuk berdakwah? Teknologi yang telah dikurniakan oleh Allah SWT ini harus digunakan sewajarnya, agar dapat memberi impak positif kepada umat manusia. Fenomena blogging telah lama melanda masyarakat dunia. Tidak terkecuali masyarakat Malaysia. Jutaan blog dihasilkan, dan para blogger masing-masing bersaing agar blog mereka mendapat tempat di hati para pembaca. Namun, sedarkah kita, dengan menulis blog juga, insya Allah akan membawa kebaikan kepada kita semasa kita berada di alam barzakh. Kenapa? Tak percaya? Mari kita rungkai perkara ini berdasarkan sebuah hadis yang masyhur. Hadis yang masyhur yang diriwayatkan oleh Imam Muslim: إِذَا مَاتَ ابْنُ آدَمَ انْقَطَعَ عَمَلُهُ إِلاَّ مِنْ ثَلاَثٍ، صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ وَعِلْمٍ يَنْتَفِعُ بِهِ وَوَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُوْ لَهُ Apabila seorang anak Adam meninggal maka terputuslah amalnya kecuali karena tiga hal sedekah jariyah, ilmu yang bermanfaat, dan anak soleh yang mendoakannya. ...

Ya Allah, Perasaan itu Datang Lagi

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Selawat dan salam buat junjungan, Rasulullah S.A.W dan keluarganya. Assalamualaikum W.B.T dan selamat pagi saya ucapkan buat anda semua. Alhamdulillah. Syukur ke hadrat Ilahi kerana Dia masih memberi ruang pada diri ini untuk meneruskan sisa-sisa hidup dalam mencari cahaya-Nya dan Jannah yang menjadi idaman setiap Muslim. Apa khabar anda semua? Mudah-mudahan baik sahaja hendaknya. Maafkan saya kerana agak mementingkan diri kali ini kerana entri kali ini lebih berkisarkan diri dan luahan hati saya sendiri. Saya tidak bermaksud untuk mementingkan diri saya tetapi entahlah. Terasa ingin bercerita dengan sesiapa yang membaca blog saya. Entah ada yang membacanya atau tidak. Saya ini suka syok sendiri. Maafkan saya ya? Hmm..Minggu ini agak sunyi bagi saya. Sepatutnya saya harus gembira kerana cuti sekolah. Mengapa ya? Adakah saya terlupa memberi makan kepada roh dan jiwa saya? Mungkin ya dan mungkin tidak. Hanya diri sendiri yang ...

Cinta Oh Cinta!

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Selawat dan salam buat junjungan, Rasulullah S.A.W dan keluarganya. Assalamualaikum W.B.T, pembuka wadah bicara. Alhamdulillah. Syukur ke hadrat Ilahi kerana Dia masih memberi ruang pada diri ini untuk meneruskan sisa-sisa hidup dalam mencari cahaya-Nya dan Jannah yang menjadi idaman setiap Muslim. Apa khabar anda semua? Mudah-mudahan baik sahaja hendaknya. Izinkan saya untuk membicarakan topik mengenai cinta kali ini. Cinta. Apa itu cinta? Jika saya ajukan soalan ini kepada anda semua, saya pasti bermacam jawapan yang akan saya perolehi. Pelbagai definisi cinta yang mungkin akan saya dengar daripada anda semua. Suka untuk saya berkongsi dengan anda semua beberapa definisi yang saya dapati dari buku yang sedang saya baca iaitu ‘Seni Bercinta & Memikat Lelaki’ .   (Kredit kepada Cikgu Faizal. Terima kasih) Beberapa petikan daripada buku tersebut; Sultan Ma’mun bertanyakan kepada Abdullah bin Thahir Za ar Riyasatain ...

Dunia VS Akhirat

Everyday on his drive home from college, Khalil listened to the lyrics played on 101.9 to be up-to-date on today’s hip-hop world.  Today was no different as Khalil enjoyed the music of P. Diddy and Jay-Z.  Khalil was a normal student, he got good grades and worked hard to pay his bills.  However, when it came to the deen, he was somewhat laxed.  He had the mentality that when he would grow older, he would take advantage of Islam.  He decided he could make his prayers up later as an adult when he would have more free time.While driving, minding his own business, the car in-front of Khalil swerved to avoid the deer-crossing the street.  Khalil was not so lucky and he hit the deer head-on and himself flying out of the wind-shield lying on the road-side.  Khalil was dying when the ambulance arrived and a the police officer on the scene started telling Khalil to say the Shahada before he passed away.  Khalil, ful...

Implicit of Da Way U’re ‘F6P2’

  In the name of Allah, the Most Graceful and the Most Almighty. Assalamualaikum and good afternoon everybody. All praise is for Allah, the Exalted. May Allah's peace and blessings be upon on Prophet Muhammad, his family and his Companions. May Allah guide us to the Straight Path, save us from the Hellfire and admit us by His mercy into Paradise. Alhamdulillah. I am so grateful to Allah S.W.T for giving me a chance to breath in His world and let me continue my life in pursuing His light and Jannah. First, I want to say sorry for being selfish today as I am going to talk about my personal experience. I have no intention for having such attitude but it is easy for me to express my feeling through writing rather than talking. People do not understand me when I start to utter my words. Eh , I am not saying that I have a problem in utterance. I just do not have the good speaking skills. So, they are hardly understand the message that I try to convey to them. Hmm.. so sad, right? Ok ...

ا,ب,ت

A is for Allah, nothing but Allah Ba is the beginning of Bismillah Ta is for Taqwa, bewaring of Allah, and Tha is for Thawab, a reward Ja is for Janna, the Garden of Paradise Ha is for Hajj, the blessed pilgrimage Kha is for Khaatem, the seal of the prophethood given to the Prophet, Muhammed (SAW) Da is for Deen, Al-Islam, religion with Allah since time began Dha is for dhikr, remembering Allah And Ra is for the month of Ramadhan, Za is for Zakat to pure our greed, when we give our money to those in need Sa is for Salamu alaikum, peace be with you wa'alaikum assalam Sha is for shams, the shining sun, which Allah placed for everyone And Sua is for salat, for when we pray facing him, everyday, facing him, till we meet our lord Dua is for duha, the morning light, the sun has turned from red to white Tua is for tareeq, the path to walk upon And Dhua is for dhil, a shadow And Aa is for ilm, the thing to know, to make our knowledge grow, in Islam Gha is for ghaib, a wo...

Maruah VS Nyawa. Yang Mana Lebih Berharga?

Assalamualaikum dan selamat sejahtera buat semua. Segala pujian hanya milik Allah S.W.T, Tuhan yang mencipta sekelian alam, tempat aku memuji dan mohon pertolongan. Selawat dan salam hanya buat Rasulullah S.A.W dan seluruh keluarganya. Alhamdulilah. Saya bersyukur masih diberi kesempatan oleh Ilahi untuk menghirup udara segar dan terus berkongsi rasa di dalam penulisan saya yang tidak seberapa ini. Masih dalam mood cuti sekolah. Entry dalam blog pun terjangkit juga. Minggu ini saya suka menulis dalam Bahasa Melayu sahaja. Bukan apa. Lebih mudah untuk mengekspresi diri dan pemikiran saya ini. Hendak berbahasa Inggeris, saya kurang mahir pula dalam membina ayat. Aduh.. malunya saya dengan tahap penguasaan Bahasa Inggeris saya. Bahasa Melayu pun agak lemah juga. Tak perlu khuatir ya. Saya sudah pun memulakan langkah untuk meningkatkan penguasaan kedua-dua bahasa ini. Semoga Allah merahmati dan membantu saya mencapai apa yang saya hajatkan. Pada tengahari 15 Mac 2011, sedang saya le...