Sahabat Seperjuangan

Sunday, February 26, 2012

Cebisan Memori: Productive Muslim Seminar di USIM


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Selawat dan salam buat junjungan, Rasulullah S.A.W dan keluarganya. 

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.

Sudah beberapa minggu tidak update entri di blog ini. Bersawang dan berhabuk agaknya. Maaf di atas kelemahan diri. Hari ini baru berpeluang hendak berblog.

Pada Rabu lepas (22 Feb 2012), saya berpeluang mengikuti satu seminar di USIM. Alhamdulillah. Syukur kepada Allah kerana memberi peluang kepada saya untuk menikmati peluan keemasan ini. Sebenarnya saya tidak merancang pun hendak ke seminar ini.

Kebetulan pihak USIM telah menjemput pelajar SMA Nilai untuk menghadiri seminar ini. Jadi, berbekalkan tiket sebagai seorang warden dapatlah saya turut serta juga. Percuma pula itu! Pihak sekolah yang tolong bayarkan.

Pelbagai kejadian lucu telah berlaku pada hari tersebut.

Semasa dalam perjalanan masuk ke dalam USIM, berpusing-pusing juga mencari Dewan Kuliah Pusat 3. Nasib baik saya bertanya kepada seorang sahabat saya yang pernah belajar di USIM sebelum bertolak ke sana. Kalau tidak, alamatnya merabanlah saya dan pelajar-pelajar saya.

Mencabar juga hendak mencari Fakulti Syariah dan Undang-undang. Sudahlah papan tanda kecil, ditambah lagi dengan keadaan yang gelap. Aduhai, asyik main lampu besar sahajalah malam itu.

Alhamdulillah, jumpa juga Dewan Kuliah Pusat 3. Sampai sahaja di kawasan parking, saya pun bertanya kepada salah-seorang pelajar USIM, bagaimana mahu sampai ke dewan kuliah tersebut. Jauh juga saya parking kereta. Kenalah berjalan sedikit.

Sampai di kaunter membeli tiket, saya menyuruh seorang pelajar saya bertanyakan di mana mahu beli tiket. Yang kelakarnya, semasa saya beratur di kaunter tersebut, pelajar USIM yang bertugas di situ asyik mengatakan kami semua daripada SMAP Labu.

Oklah, SMA Nilai tidak popular dan tiada siapa tahu di mana SMA Nilai (tapi pelik juga ramai pelajar USIM datang berpraktikal di SMAN padahal mereka kurang sesuai berpraktikal di sekolah. Hmm. Keliru kenapa mereka pilih SMAN juga). Yang paling kelakar, salah seorang daripada mereka berkata kepada saya;

“Wak, wak. Tolong tulis nama.”

Tergelak saya masa itu. Saya pun panggil 6 orang pelajar saya untuk menulis nama di dalam kertas yang disediakan last minute. Mungkin tidak menjangka ada SMA Nilai (Walaupun USIM yang jemput).

Saya berkata kepada pelajar-pelajar saya;

“Wak, wak, mari sini tulis nama cepat!”

Mungkin dia tidak perasan yang saya ini guru pengiring atau barangkali mereka ingat saya pelajar USIM (Muka nampak muda kot dan macam student U lagi~)

Selesai sahaja urusan membeli tiket, kami pun masuklah ke dalam dewan kuliah. Lagi sekali mereka katakan kami ini daripada SMAP Labu. Berkali-kali pula itu walaupun sudah saya katakan kami daripada SMA Nilai. Terpaksalah saya kuatkan suara yang sejak daripada azali sudah kuat untuk memberitahu yang kami ini daripada SMA Nilai.

Hendak buat macam mana, sekolah tidak famous.

Seminar ‘Productive Muslim’ yang disampaikan oleh saudara Mohamed Faris memang menarik dan berinformasi.

Apa yang saya perhatikan keadaan di Dewan Kuliah Pusat 3 ialah majoriti yang hadir ialah PEREMPUAN! Barisan untuk lelaki mungkin ada 7-8 baris sahaja.

Aik? Mana kaum Adam pada malam itu? Saya tertanya-tanya juga. Pelbagai hipotesis dan andaian bermain-main di minda saya.

Tamat sahaja seminar, saya berkumpul dengan pelajar-pelajar saya dan bertanya kepada mereka;

“Kenapa sedikit sahaja lelaki yang datang seminar?”

“Mungkin mereka sedang menonton bola? Lepak di kedai mamak? Tak tahu ada seminar ni? Atau apa?”

Rugi betul bila sudah ada peluang tapi tidak hargainya bukan?

Semasa dalam perjalanan balik ke tempat meletak kenderaan, baru kami sedar yang kami gunakan jalan yang jauh. Padahal ada jalan yang dekat. Berdekah-dekah kami ketawa sepanjang perjalanan pulang ke sekolah. Excited sangat sampai tidak sedar sudah terguna jalan jauh.

Apa yang saya kagum dengan pelajar USIM ialah mereka berani berbahasa Inggeris ketika bertanyakan soalan kepada penceramah dan juga dalam melontarkan idea. Hebat produk USIM ini.

Cukuplah sampai sini cerita saya yang entah apa-apa.

Dalam entri yang lain, saya akan kongsikan apa yang saya perolehi daripada seminar ini.

Wassalam.


2 comments:

amal said... [Reply]

Alaaaaaaa , kiterang tahu jee kewujudan SMA Nilai. selalu nmpak bebudak dia kt ktm Nilai waktu nk blk kg.

cikgu nmpak muda sgt kot smpai tak perasan pulak diorang , engadkan students.

since kekadang lecturer pun dh nmpak mcm student sb muda lg.

mohon maaf dr usim, even sy tak pegi pun prgrm tuu , tak smpat.

Ummu Nuha said... [Reply]

@amal

Tak ramai kot yang tahu..hehe..ha, eloklah selalu nampak budak2 sman tu.klau dorg bt bnd xelok,cepat2 report kat cikgu Nadiah. bg pgajaran skit kt dorg.

hehe..perasan muda la malam tu..eksyen skt mcm bdk usim padahal xpenah bljr kt usim pun..huhu

Post a Comment

Jika saya ada tersilap dalam berbicara, silalah tegur saya ya? Komen anda pemberi semangat kepada saya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...