Followers

Friday, September 2, 2011

Upin & Ipin (Versi Bahasa Arab)

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Selawat dan salam buat junjungan, Rasulullah S.A.W dan keluarganya.

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.

Alhamdulillah. Syukur ke hadrat Ilahi kerana Dia masih memberi ruang pada diri ini untuk meneruskan sisa-sisa hidup dalam mencari cahaya-Nya dan Jannah yang menjadi idaman setiap Muslim. Apa khabar anda semua? Mudah-mudahan baik sahaja hendaknya. 

Pada petang ini saya ingin berkongsi satu cerita yang menarik. Saya pasti ramai yang suka menonton rancangan animasi Upin dan Ipin? Comelkan mereka?


Klip video yang saya ingin kongsikan kali ini dalam versi Bahasa Arab. Saya terjumpa semasa membuka profile Facebook seorang rakan saya yang berstatuskan ustaz. Adakah saya dikira stalker? Hehe.

Ada beberapa perkataan yang dapat saya cam iaitu 'ma fi mushkillah' -- (Ni pun kawan saya yang ajar dulu) dan 'aiwa aiwa soh' -- (Comel je bila Ipin sebut).

Cakap banyak pun tak gunakan? Jom kita tengok klip video ini ya?



Apa pendapat anda? Menarik?

No comments:

Post a Comment

Jika saya ada tersilap dalam berbicara, silalah tegur saya ya? Komen anda pemberi semangat kepada saya.

Baca Lagi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...