Followers

Sunday, June 26, 2011

Bicara Hati di Malam yang Sepi

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Selawat dan salam buat junjungan, Rasulullah S.A.W, keluarganya dan sahabatnya.

Assalamualaikum, salam sejahtera dan salam ukhwah buat sahabat semua.

Apa khabar anda semua hari ini? Sihat? Moga-moga sihat hendaknya

Sudah lama rasanya saya tidak menulis sesuatu yang bermanfaat. Entahlah. Mungkin kerana kelemahan iman saya.

Idea itu ada tapi entahlah. Terasa sukar untuk saya menghuraikannya. Saya kira saya sudah mula sesat dalam kegelapan di dalam hidup ini. Sukar untuk saya gambarkan perasaan saya sekarang. Mungkin saya mula jauh dari Al-Khaliq.

Sekarang baru saya faham dengan nasihat-nasihat yang para sahabat saya pernah berikan kepada saya suatu ketika dahulu.

Antara nasihat yang paling terkesan di hati saya;

"Sewaktu hati terasa tinggi imannya lantas lakukanlah amaln kebaikan tanpa bertangguh takut suatu hari nanti tika iman itu direndahkan tidak sempat berbuat kebaikan lantas kembali pada jahiliyah."

Saya sedang mengalami situasi ini. Berat sungguh rasanya. Saya gusar akan kembali kepada diri yang dahulu. Masalah dan cabaran dalam mengharungi hidup ini seakan-akan menggegar dan menggoncangkan iman saya.

Ya Allah, moga cabaran dan dugaan yang Kau berikan kepada diri ini mampu aku atasi dengan sebaiknya.

"Allah tidak membebani seseorang kecuali sesuai dengan kemampuannya. Dia akan mendapatkan pahala atas usahanya dan mendapat seksa atas kesalahannya, (lalu dia berdoa): 'Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau tersalah."

(Surah Al-Baqarah 2:286)

Wassalam.

No comments:

Post a Comment

Jika saya ada tersilap dalam berbicara, silalah tegur saya ya? Komen anda pemberi semangat kepada saya.

Baca Lagi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...